Selamatkan Teknologi Padi Clearfield®

Oleh: Noorhayati Mohamed Darus dan Dilipkumar Masilamany – Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, MARDI Seberang Perai

 

Selamatkan-Teknologi-Padi-Clearfield

Padi angin merupakan sejenis rumpai yang berasal daripada genus yang sama dengan kultivar padi iaitu Oryza. Oleh itu, tiada racun rumpai khas yang mampu menghalang pertumbuhan rumpai ini. Padi angin lebih cekap menyerap baja dan nutrien daripada tanah berbanding dengan kultivar padi dan menyebabkan tumbesarannya lebih pantas. Ketinggian padi angin merupakan satu kelebihan yang menyebabkan kultivar padi tewas untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari. Kajian melaporkan bahawa padi angin yang tumbuh dengan kepadatan sebanyak 21 – 30 tangkai/m2 mampu mengurangkan hasil padi sehingga 80%. Continue reading “Selamatkan Teknologi Padi Clearfield®”

MUSIM HARUMANIS PERLIS 2017-2018 (Tips Pengawalan Bunga Mangga Harumanis)

Tips Umum - Pengawalan Bunga Mangga Harumanis-01-01

Mangga Harumanis Perlis kini merupakan sumber kekayaan baharu bagi negeri Perlis dan musim bunga Harumanis Perlis untuk musim 2017-2018 telah pun bermula. Secara puratanya, hampir 50-60% kawasan penanaman Harumanis disekitar Negeri Perlis telah pun menunjukkan tanda-tanda untuk pengeluaran bunga dan sebahagianya telah pun mengeluarkan bunga sepenuhnya. Continue reading “MUSIM HARUMANIS PERLIS 2017-2018 (Tips Pengawalan Bunga Mangga Harumanis)”

Sistem Integrasi Tanam Kelapa Jana Pendapatan

integrasi-kelapa-3-01

Prestasi industri kelapa negara yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’.

Menanam kelapa secara tunggal telah sekian lama diamalkan oleh pekebun kecil di negara ini. Biasanya pekebun mengamalkan pengurusan yang minimum terhadap tanaman kelapa menyebabkan hasil dan pulangan yang diperoleh rendah dan tidak menguntungkan.

Usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Continue reading “Sistem Integrasi Tanam Kelapa Jana Pendapatan”

TIPS: Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian?

durian-mardi-02

  • Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
  • Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi dan melindungi jantung. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.
  • Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan
  • Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetik
  • Pengambilan isi durian pada kadar tinggi (500 g atau lebih) boleh tingkatkan kadar denyutan jantung
  • Durian kaya potassium, mineral yang boleh menurunkan tekanan darah. Untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang tak boleh makan banyak
  • Elakkan makan durian bersama paracetamol dan alhohol kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul!

Oleh – Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI


Maklumat lanjut mengenai Sains Teknologi Makanan, hubungi PUSAT PENYELIDIKAN SAINS TEKNOLOGI MAKANAN (FS) MARDI di talian 03-8953 6400

Duriotourism MARDI Kuala Kangsar, Tarikan Baharu Buat Pelancong Kaki Durian

Duriantourism-Portal-MARDI-thumb-utama

KUALA KANGSAR, 9 Dis – Usaha Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mewujudkan Duriotourism di Kuala Kangsar diyakini akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa, berkunjung ke Perak dan Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Bakar berkata ini memandangkan ia merupakan pusat pelancongan berasaskan durian yang pertama seumpamanya di negara ini.

Kawasan ini seluas 40 hektar, dan 22 hektar daripadanya ditanam dengan pelbagai jenis durian hasil kajian MARDI. Selain itu, terdapat juga muzium durian dibuka untuk orang ramai, katanya ketika berucap merasmikan pusat Duriotourism di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta MARDI, Azman Mohd Saad. Continue reading “Duriotourism MARDI Kuala Kangsar, Tarikan Baharu Buat Pelancong Kaki Durian”

Khasiat Kunyit Hitam

kunyit hitam

KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.

Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh. Continue reading “Khasiat Kunyit Hitam”

Apakah yang anda perlu tahu mengenai madu? – Bersama pakar, Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI

apakah yang anda perlu tahu mengenai madi - suri roowi-01-01-01

 

Ikuti penjelasan Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI mengenai apakah yang anda PERLU TAHU MENGENAI MADU.Soalan 1 – Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan – Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2 – Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan – Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 3 – Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan – Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;

a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 4 – Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan – Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah;

a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69

“…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”

a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 5 – Adalah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan – Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

——————————-

BIODATA PENULIS – Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan

#DrSuriRoowi #betterMARDI #ourfoodourfuture

 

Makmal Pemprosesan Madu Kelulut MARDI Kemaman

mardikemaman

Pada 15 Oktober 2017 (Ahad), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Makmal Pemprosesan madu Kelulut Kemaman yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,Menteri Pertanian dan industri Asas Tani Malaysia.

Makmal yang diilhamkan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek ini merupakan langkah permulaan bagi meningkatkan mutu dan kualiti madu kelulut bagi pengusaha lebah kelulut dan sebagai insiatif permulaan di daerah Kemaman yang dipilih sebagai perintis untuk pemprosesan madu kelulut yang memenuhi piawaian dan standard yang telah dibangunkan. Continue reading “Makmal Pemprosesan Madu Kelulut MARDI Kemaman”

Inisiatif Kampus Hijau MARDI

inisiatif-kampus-hijau-MARDI_web

Serdang, 5 Oktober  – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini dengan rasminya telah mengadakan Inisiatif Kampus Hijau yang melibatkan seluruh warga MARDI, NGO, anak syarikat dan organisasi yang bertapak dalam lingkungan pejabat seperti MARDI MAEPS Sdn. Bhd. dan International Tropical Fruits Company (TFNet).

Inisiatif yang dilancarkan  oleh YBhg. Datuk Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini dibangunkan dengan beberapa kaedah termasuk menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran dengan melibatkan komponen utama termasuk manusia, persekitaran fizikal dan amalan nilai yang lestari. Continue reading “Inisiatif Kampus Hijau MARDI”

Madu ‘Kelulut Honey Pearls’ atau ‘Bebola Madu Kelulut’ ciptaan Saintis MARDI

kelulut bebola

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Madu kelulut bakal melalui inovasi baharu dalam penghasilan produk berasaskan madu di pasaran tempatan apabila ada usaha untuk mempelbagaikan bentuk produk madu tersebut.

Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Sarawak Dr Chua Hun Pin berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir menghasilkan madu kelulut dalam bentuk bebola dikenali sebagai ‘Kelulut Honey Pearls’ atau ‘Bebola Madu Kelulut’ untuk dipasarkan pada tahun hadapan.

“Kita lihat produk madu kelulut di pasaran tidak banyak dan biasanya hanya dimasukkan ke dalam minuman atau ke dalam kek serta tiada keunikannya. Continue reading “Madu ‘Kelulut Honey Pearls’ atau ‘Bebola Madu Kelulut’ ciptaan Saintis MARDI”