Teknologi Cuka Kelapa & Rangkaian Produk Hiliran

Cuka-Kepala-Tambah-Nilai-Fungsian

Ramuan & Minuman Berfungsi

Cuka telah digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan dan sebagai makanan tambahan yang mempunyai nilai-nilai pemakanan yang tinggi. Beberapa jenis bahan mentah dari hasil pertanian tempatan dan bahan sampingan pertanian telah dipilih untuk penghasilan cuka asli melalui proses penapaian. Bahan-bahan mentah tersebut adalah air kelapa matang, nira kelapa, jus nanas dan nira nipah. Cuka yang terhasil, bukan sahaja kaya dengan asid asetik tetapi juga sebatian bioaktif lain seperti sebatian polifenolik, sebatian meruap dan asid-asid organik. Continue reading “Teknologi Cuka Kelapa & Rangkaian Produk Hiliran”

Sistem Integrasi Tanam Kelapa Jana Pendapatan

integrasi-kelapa-3-01

Prestasi industri kelapa negara yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’.

Menanam kelapa secara tunggal telah sekian lama diamalkan oleh pekebun kecil di negara ini. Biasanya pekebun mengamalkan pengurusan yang minimum terhadap tanaman kelapa menyebabkan hasil dan pulangan yang diperoleh rendah dan tidak menguntungkan.

Usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Continue reading “Sistem Integrasi Tanam Kelapa Jana Pendapatan”

VCO Pelbagai Guna

vco pelbagai guna
MINYAK kelapa dara , antara bahan semulajadi yang bersifat pelebat rambut

Minyak kelapa dara (VCO) bukanlah suatu produk yang asing dalam masyarakat di negara ini serta negara-negara Asia. Penggunaan pelbagai produk berasaskan kelapa telah menjadi budaya masyarakat Asia dan VCO merupakan salah satu produk daripada tananam tersebut.

Menurut Penyelidik Utama, Teknologi Enzim dan Fermentasi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, VCO kini semakin dikenali di serata dunia kerana khasiatnya yang pelbagai.

Ujarnya, sebelum ini, khasiat VCO kurang diberi perhatian dan hanya digunakan sebagai produk sampingan dan hanya berlegar di sekitar kampung.

“Walau bagaimanapun selepas kajian demi kajian yang dijalankan, pelbagai manfaat VCO telah ditemukan.

“Bahan-bahan aktif seperti asid lemak yang lebih pendek yang dikenali sebagai MCT (Medium Chain Trigliserida) yang lebih mudah untuk diserap oleh badan,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Kamariah, rantaian asid lemak yang mudah diserap oleh penghadaman tersebut dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan lebih pantas berbanding asid lemak lain. Continue reading “VCO Pelbagai Guna”