
Minyak kelapa dara (VCO) bukanlah suatu produk yang asing dalam masyarakat di negara ini serta negara-negara Asia. Penggunaan pelbagai produk berasaskan kelapa telah menjadi budaya masyarakat Asia dan VCO merupakan salah satu produk daripada tananam tersebut.
Menurut Penyelidik Utama, Teknologi Enzim dan Fermentasi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, VCO kini semakin dikenali di serata dunia kerana khasiatnya yang pelbagai.
Ujarnya, sebelum ini, khasiat VCO kurang diberi perhatian dan hanya digunakan sebagai produk sampingan dan hanya berlegar di sekitar kampung.
“Walau bagaimanapun selepas kajian demi kajian yang dijalankan, pelbagai manfaat VCO telah ditemukan.
“Bahan-bahan aktif seperti asid lemak yang lebih pendek yang dikenali sebagai MCT (Medium Chain Trigliserida) yang lebih mudah untuk diserap oleh badan,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Jelas Dr. Kamariah, rantaian asid lemak yang mudah diserap oleh penghadaman tersebut dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan lebih pantas berbanding asid lemak lain. Continue reading “VCO Pelbagai Guna”