Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for the ‘Berita’ Category

MARDI – Empowering Coconut Industry!

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fmardimalaysia%2Fvideos%2F2133254033413287%2F&show_text=0&width=560

The Malaysian coconut industry has gone through numerous economic challenges in the past. However, recently this industry has shown greatest potential to be further developed and strengthened to fulfill the rapidly expanding demands from the consumers particularly from downstream coconut-based industries. (more…)

Advertisements

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Buah-buahan Tropika serta Klon Baharu Rambutan MARDI; AG-28 (Mutiara Wangi) dan GB-44 (Mutiara Merah)

DATUK SALAHUDDIN AYUB

Sintok, 29 Julai  – YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Buah-buahan Tropika serta turut melancarkan klon baharu rambutan MARDI iaitu klon AG-28 (Mutiara Wangi) dan GB-44 (Mutiara Merah). (more…)

MARDI sekali lagi melakar kemenangan di ITEX 2018

itex

Sukacita dimaklumkan MARDI sekali lagi melakar kemenangan apabila kesemua penyertaan inovasi MARDI (11 penyertaan) bagi ITEX 2018 yang telah berlangsung pada 10-12 Mei 2018 di KLCC berjaya menggondol 5 pingat emas, 6 pingat perak dan Special Award (JIPA Award) seperti berikut:-

TAHNIAH dan SYABAS kepada kesemua pereka cipta MARDI yang telah berjaya di ITEX 2018.

Semoga pencapaian cemerlang ini akan terus memberi inspirasi dan motivasi kepada saintis MARDI yang lain agar lebih berdaya saing dalam menghasilkan inovasi & teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara! #betterMARDI #ourfoodourfuture

Projek MOSTI Social Innovation (MSI) – Tingkat Pendapatan Komuniti Penternak/Petani Melalui Teknologi Pengeluaran Silaj dan Oligokitosan

Anjungnet-Projek-MSI-Kampung-Pering-Kedah-2'X6'
Projek MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan hasrat kerajaan dalam membantu memenuhi keperluan masyarakat luar bandar meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran dan hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada.
 
Teknologi Silaj dan Oligokitosan yang masing-masing dibangunkan oleh MARDI dan Agensi Nuklear Malaysia mampu menghasilkan silaj secara efisyen serta bermutu tinggi. Projek ini bakal meningkatkan pendapatan penduduk khususnya penanam jagung serta penternak lembu seterusnya menjadi satu model pemindahan teknologi terutama kepada penanam jagung sekitar Negeri Kedah.
 
Projek ini bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Abu Hasan Sarif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh di Kg. Pering, Kodiang, Kedah Darul Aman. Maklumat lanjut, muat turun brosur di : https://goo.gl/gXLL2n
 
#betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku #MOA #MOSTI #AgensiNuklearMalaysia
 

MARDI Ungguli Malaysia Technology Expo (MTE) 2018

MTE2018.jpg

Tahniah dan syabas kepada saintis MARDI yang telah berjaya di MTE2018 yang berlangsung pada 22-24 Februari 2018 di PWTC, Kuala Lumpur :

MTE2018 - MARDI

(more…)

Terkuburnya Industri Tembakau Negara: Sumbangan dan Pengajaran

tembakau

Tanaman Tembakau. Sumber gambar: liputan6.com

Pengajaran Daripada Terkuburnya Industri Tembakau Negara  –

Industri tembakau yang telah diperkenalkan pada tahun 1959 memberi sumbangan yang sangat bererti kepada sebilangan besar penaman dan pengawet tembakau di negara, namun telah terkubur pada awal kurun ke-21. Selama beroperasi, industri ini telah memberi manfaat kepada sebilangan besar keluarga yang terlibat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Namun setelah AFTA dikuat kuasa, industri ini telah terkubur dengan sendirinya kerana tidak dapat bersaing dengan harga daun import yang lebih rendah dari negara jiran. Syarahan ini cuba mengupas sumbangan industri ini kepada negara dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya. (more…)

Kejuruteraan Ekologi: Tingkatkan Kepelbagaian Artropod Dalam Ekosistem Padi

Oleh: Badrulhadza Amzah – Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah
Dr. Rosliza Jajuli – Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran

petak-kejuruteraan-ekologi

Amalan kejuruteraan ekologi merupakan satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian seperti di sawah padi. Konsep kejuruteraan ekologi ini mula diperkenalkan oleh Profesor Geof Gurr, seorang pakar ekologi serangga semasa Persidangan Antarabangsa Serangga Perosak Benah Perang di IRRI, Los Banos, Filipina pada tahun 2008. Konsep ini melibatkan amalan kultur seperti pengurusan vegetasi secara manipulasi habitat yang berfungsi menggalakkan aktiviti kawalan serangga perosak secara biologi. Menerusi amalan ini, aktiviti spesies musuh semula jadi dapat ditingkatkan dengan menyediakan sumber seperti makanan alternatif apabila tiada mangsa atau perumah. Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar misalnya turut berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak untuk pelbagai spesies musuh semula jadi yang terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid. (more…)

Maklumat Mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® di Malaysia

clearfield-graphic-my

(more…)

Selamatkan Teknologi Padi Clearfield®

Oleh: Noorhayati Mohamed Darus dan Dilipkumar Masilamany – Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, MARDI Seberang Perai

 

Selamatkan-Teknologi-Padi-Clearfield

Padi angin merupakan sejenis rumpai yang berasal daripada genus yang sama dengan kultivar padi iaitu Oryza. Oleh itu, tiada racun rumpai khas yang mampu menghalang pertumbuhan rumpai ini. Padi angin lebih cekap menyerap baja dan nutrien daripada tanah berbanding dengan kultivar padi dan menyebabkan tumbesarannya lebih pantas. Ketinggian padi angin merupakan satu kelebihan yang menyebabkan kultivar padi tewas untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari. Kajian melaporkan bahawa padi angin yang tumbuh dengan kepadatan sebanyak 21 – 30 tangkai/m2 mampu mengurangkan hasil padi sehingga 80%. (more…)

MUSIM HARUMANIS PERLIS 2017-2018 (Tips Pengawalan Bunga Mangga Harumanis)

Tips Umum - Pengawalan Bunga Mangga Harumanis-01-01

Mangga Harumanis Perlis kini merupakan sumber kekayaan baharu bagi negeri Perlis dan musim bunga Harumanis Perlis untuk musim 2017-2018 telah pun bermula. Secara puratanya, hampir 50-60% kawasan penanaman Harumanis disekitar Negeri Perlis telah pun menunjukkan tanda-tanda untuk pengeluaran bunga dan sebahagianya telah pun mengeluarkan bunga sepenuhnya. (more…)