The urban gardener — how you can benefit from planting your own greens!

nst1.jpg

A VISIT to a local grocery store during the recent Movement Control Order (MCO) made me realise that my days of playing with soil — weeding and planting — was a good idea after all.

Walking down the aisle, I was shocked to see shelves normally filled with fresh greens completely empty.

Those that did have vegetables were in a very sorry state. I guessed that it was probably due to logistical issues. With limited movement and road blocks, perhaps deliveries from farms had become a problem, I mused to myself. Continue reading “The urban gardener — how you can benefit from planting your own greens!”

Advertisement

Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan

bernama_1

GEORGE TOWN (Bernama) – Keputusan K. Ramana, 30, untuk meninggalkan gaji lumayan dan karier sebagai juruterbang pesawat komersial dengan menceburi bidang pertanian empat tahun lalu, ternyata tidak sia-sia. Manakan tidak, siswazah lulusan sebuah institusi pengajian penerbangan di Thailand itu bukan sahaja berjaya membuktikan pertanian mampu menjana pendapatan lumayan malah dapat mencipta industri baharu dalam pengeluaran makanan ternakan haiwan. Melalui bimbingan dan bantuan geran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, syarikat penanaman jagung bijirin miliknya iaitu Famox Plantation (M) Sdn Bhd di Merbok Kedah, berupaya menjana pendapatan bulanan mencecah jutaan ringgit. Continue reading “Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan”

Hibrid Orkid Dendrobium Zurina

Dendrobium-Zurina---portal

MELAKA, 22 November 2019 – MARDI pada hari ini melakar sejarah yang baru apabila berjaya menyempurnakan Majlis Penyerahan Dendrobium Zurina, Hibrid Orkid Baharu MARDI kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil, Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersempena dengan Melaka Floral Festival yang diadakan pada 22 – 24 November 2019 di Taman Seribu Bunga Ayer Keroh. Continue reading “Hibrid Orkid Dendrobium Zurina”

MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030

CSP-2021---2030-portal

SERDANG, 31 Okt – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) hari ini melancarkan Perancangan Strategik Korporat 2021-2030 (CSP) yang menggariskan lima teras yang antaranya untuk meningkatkan produktiviti tanaman dan ternakan melalui inovasi penyelidikan serta memodenkan pertanian dengan teknik dan teknologi terkini.

CSP tersebut turut menggariskan penerokaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti; memperkasakan kaedah pemindahan teknologi kepada kumpulan sasaran; dan memperkukuhkan dan memperkasa visibiliti dan tadbir urus organisasi. Continue reading “MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030”

Padi hibrid pertama negara

Padi hibrid pertama negara

KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan varieti padi hibrid pertama MR 12H, yang antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus setiap hektar.

Pembangunan varieti padi hibrid yang dimulakan MARDI sejak 2007, membabitkan ribuan induk mandul jantan dan induk penyenggara tempatan, sehinggalah menghasilkan varieti MR 12H iaitu hasil kacukan 0025A dan 004R.

Continue reading “Padi hibrid pertama negara”

Bintang Mas, Klon Hibrid Belimbing Pertama di Malaysia

Bintang-Mas-Thumbnail

  • Klon hibrid belimbing (MSTAR 1) pertama Malaysia
  • Sangat manis (TSS: 11º Brix) dan tidak kelat
  • Tekstur isi yang rangup dan beraroma
  • Buah matang lebih awal (12 hari) daripada klon B17
  • Warna buah lebih menarik daripada klon B10
  • Disyorkan sebagai buah makan segar, berkualiti untuk pasaran eksport

KLUANG, 7 April 2019 – MARDI melakar sejarah yang baru apabila berjaya melancarkan klon baharu belimbing pertama di Malaysia, Bintang Mas yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di MARDI Kluang, Johor.

Pelancaran klon belimbing yang akan diberi nama khas oleh YB Menteri pada majlis tersebut merupakan salah satu strategi MARDI dalam menghasilkan teknologi dan produk berimpak tinggi yang memberi manfaat serta mensejahterakan rakyat.

Kejayaan industri belimbing di Malaysia sangat bergantung kepada keupayaan Negara dalam menghasilkan klon yang berkualiti, mempunyai harga yang kompetitif dan dengan kuantiti yang cukup. Continue reading “Bintang Mas, Klon Hibrid Belimbing Pertama di Malaysia”

Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau

fertigasi-cili-mardi

ALOR GAJAH: Sistem fertigasi dalam penanaman cili padi dan terung berupaya menyelamatkan industri pertanian peserta Kampungku Masa Depanku berdepan cabaran musim kemarau.

Projek berkenaan dilaksanakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Melaka dengan memilih peserta di kampung tertentu yang berpotensi bagi memajukan industri pertanian dengan keseluruhan modal dan peralatan disediakan oleh agensi terbabit. Continue reading “Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau”

Teroka potensi jagung bijian

potensi jagung bijian 1

Selepas padi, jagung merupakan tanaman penting di rantau Asia Tenggara dengan 40 juta tan dihasilkan pada 2012. Tanaman jagung sangat penting sebagai sumber asas makanan haiwan di rantau tersebut. Permintaan jagung bijian peringkat global bertambah dan angkanya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2050.

Namun, banyak isu dan aspek perlu ditangani bagi memastikan jaminan pengeluaran yang kekal demi kepentingan petani dan peniaga.

Ini termasuk antaranya melibatkan pengeluaran jagung, dasar kerajaan dan pembangunan hibrid baharu yang dapat menghadapi cabaran perubahan iklim. Continue reading “Teroka potensi jagung bijian”

Teknologi pertanian hasil empat kali ganda

 

kt 2

Bidang pertanian masa depan tidak lagi harus bergantung pada konsep ruang tanah yang luas serta perlu turun ke lapangan untuk membajak dan menuai. Sebaliknya kelebihan tanah yang ada di negara ini diberikan kepada pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, landasan kereta api mahupun lapangan terbang. Kemudahan tersebut menyokong pembangunan ekonomi dan membawa pulangan lumayan bagi rakyat dan juga pelancong sekali gus meningkatkan pendapatan negara.

Justeru, perkembangan teknologi pertanian kini membolehkan masyarakat tanpa mengira latar belakang mengusahakan sendiri tanaman walaupun di ruang yang terhad.

Continue reading “Teknologi pertanian hasil empat kali ganda”

Teknologi Cuka Kelapa & Rangkaian Produk Hiliran

Cuka-Kepala-Tambah-Nilai-Fungsian

Ramuan & Minuman Berfungsi

Cuka telah digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan dan sebagai makanan tambahan yang mempunyai nilai-nilai pemakanan yang tinggi. Beberapa jenis bahan mentah dari hasil pertanian tempatan dan bahan sampingan pertanian telah dipilih untuk penghasilan cuka asli melalui proses penapaian. Bahan-bahan mentah tersebut adalah air kelapa matang, nira kelapa, jus nanas dan nira nipah. Cuka yang terhasil, bukan sahaja kaya dengan asid asetik tetapi juga sebatian bioaktif lain seperti sebatian polifenolik, sebatian meruap dan asid-asid organik. Continue reading “Teknologi Cuka Kelapa & Rangkaian Produk Hiliran”