MARDI Perkenal Teknologi Pertanian Menegak

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mac – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini memperkenalkan Teknologi Pertanian Menegak bagi mengelak berlakunya hakisan tanah dan larut resap kimia.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sharif Haron berkata teknologi itu sangat praktikal, berkos efektif dan sesuai digunakan di kawasan bercerun dan berbukit seperti Cameron Highlands.

“Teknologi ini dapat mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar dan orang ramai. Kelebihan teknologi ini ialah tanaman dapat ditanam pada kepadatan tinggi dan sangat sesuai untuk pengusaha yang memiliki keluasan tanah kecil,” katanya kepada Bernama di sini. Continue reading “MARDI Perkenal Teknologi Pertanian Menegak”

Advertisements