Teknologi Multispesies MARDI serlahkan keceriaan taman

multispesis-mardi

Bunga-bungaan semusim merupakan sejenis tanaman hiasan popular digunakan dalam landskap.

Bunga jenis itu ditanam dalam landskap bandar bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian warna bunga dan menambahkan lagi seri taman. Biasanya, bunga-bungaan semusim dibiak dan dibesarkan di nurseri sehingga ia berbunga, sebelum dipindahkan ke kawasan landskap. Bunga-bungaan semusim yang dipindahkan ke kawasan landskap bandar mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu antara satu hingga satu setengah bulan selepas ditanam atau dipamer dan tanaman tersebut perlu diganti semula. Dari perspektif pengurusan landskap, amalan penanaman bunga-bungaan semusim yang dibiak di nurseri dan seterusnya dipindahkan ke kawasan landskap memerlukan penyelenggaraan yang rapi, kos bahan tanaman yang tinggi dan tidak lestari.

Continue reading “Teknologi Multispesies MARDI serlahkan keceriaan taman”

Advertisement

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MARDI & SK Serdang, pupuk murid terokai bidang pertanian

22 Okt – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara MARDI dan Sekolah Kebangsaan Serdang telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah mengadakan demonstrasi teknologi membuat kompos, demonstrasi penanaman pertanian bandar serta pameran teknologi yang pernah dihasilkan oleh MARDI.

MARDI juga turut menjalin kerjasama dengan memeterai perjanjian MOU bersama SK Serdang yang diharap menjadi titik permulaan hubungan dua hala kedua-dua belah pihak.

Program yang julung kalinya diadakan bersama SK Serdang ini adalah bertujuan untuk mempupuk anak muda terutamanya pelajar sekolah dalam menerokai bidang pertanian yang akan memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan. #OurFoodOurFuture #betterMARDI

MARDI dianugerahkan ‘The BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Leadership Award 2016’

14 Oktober – MARDI dianugerahkan ‘The BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Leadership Award 2016’ kategori Research & Development (Agrofood) malam tadi di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Anugerah daripada The BrandLauret ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan MARDI memartabatkan teknologi dan inovasi sebagai asas transformasi pertanian negara.

The BrandLaureate merupakan sebuah yayasan penjenamaan terkemuka dunia yang mempromosikan ‘Brand Excellence and Best Branding Practises amongst Businesses and Brands’. Ini membuktikan MARDI telah diiktiraf dikalangan penggerak ekonomi dan industri serantau serta berjaya mengembangkan penampilannya luar dari kebiasaan lingkungan.

Penghargaan berprestij ini diterima oleh Dato’ Mohd Fadil bin Osman, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI daripada Dr KK Johan, Presiden The BrandLaureate.

Inovasi untuk rakyat

inovasi-untuk-rakyat
Dr. Mohamad Roff dan pegawai TCO meneliti sebahagian produk yang dihasilkan penyelidik MARDI

Sebagai sebuah entiti penyelidikan, menjadi tanggungjawab bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

Peranan MARDI dalam hal ini amat penting, apatah lagi sebagai sebuah agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kumpulan sasaran mereka jelas perlu sentiasa dibantu terutama yang mengusahakan projek pertanian dan ternakan di luar bandar.

Walau bagaimanapun, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI memberi tumpuan kepada sektor komersial iaitu meningkatan pengeluaran sara diri (SSL) padi negara seperti yang disarankan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek supaya hasil dapat ditingkatkan sekali gus menjamin kedaulatan makanan. Continue reading “Inovasi untuk rakyat”