Klik di bawah untuk maklumat lanjut!
Continue reading “Terbitan Baru MARDI – Agromedia Bil. 40”
Month: June 2013
Taman GreenKit Bagi Kawasan Terhad – UTUSAN
KONSEP kitchen garden semakin popular di kalangan mereka yang tinggal di bandar terutama di pangsapuri, kondominium dan teres. Bagaimanapun masalah timbul bagi mereka yang sering kerja keluar daerah kerana pokok perlu disiram setiap hari. Menyiram pokok boleh dikatakan kerja remeh bagi mereka yang sibuk dengan tugasan seharian.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan kajian bagi menghasilkan GreenKit. GreenKit yang dihasilkan oleh pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Hortikultur, MARDI, Ab Kahar Sandrang dapat memudahkan masalah berkenaan. Menurut pegawai penyelidik yang menjalankan kajian bersama-sama Ab Kahar, Sakinah Idris, GreenKit terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah. terdapat takungan air di bahagian bawah dan takungan penanaman bahagian atas. Continue reading “Taman GreenKit Bagi Kawasan Terhad – UTUSAN”