MOA Melalui MARDI Santuni Masyarakat Langkawi

eBanner - HBP MOA Kedah

LANGKAWI, 21 April 2019 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui MARDI pada hari ini dengan jayanya telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Negeri Kedah yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program Hari Bertemu Pelanggan ini merupakan edisi ketiga yang dianjurkan di bawah inisiatif kementerian dan dengan julung kalinya, Taman Agroteknologi MARDI Langkawi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Dalam pada itu, sebanyak 11 Jabatan dan Agensi di bawah kementerian bersama-sama dengan 20 Usahawan Agropreneur Muda dan Program Kerjasama Strategik telah menyertai acara ini dengan jayanya. Continue reading “MOA Melalui MARDI Santuni Masyarakat Langkawi”

Bintang Mas, Klon Hibrid Belimbing Pertama di Malaysia

Bintang-Mas-Thumbnail

  • Klon hibrid belimbing (MSTAR 1) pertama Malaysia
  • Sangat manis (TSS: 11º Brix) dan tidak kelat
  • Tekstur isi yang rangup dan beraroma
  • Buah matang lebih awal (12 hari) daripada klon B17
  • Warna buah lebih menarik daripada klon B10
  • Disyorkan sebagai buah makan segar, berkualiti untuk pasaran eksport

KLUANG, 7 April 2019 – MARDI melakar sejarah yang baru apabila berjaya melancarkan klon baharu belimbing pertama di Malaysia, Bintang Mas yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di MARDI Kluang, Johor.

Pelancaran klon belimbing yang akan diberi nama khas oleh YB Menteri pada majlis tersebut merupakan salah satu strategi MARDI dalam menghasilkan teknologi dan produk berimpak tinggi yang memberi manfaat serta mensejahterakan rakyat.

Kejayaan industri belimbing di Malaysia sangat bergantung kepada keupayaan Negara dalam menghasilkan klon yang berkualiti, mempunyai harga yang kompetitif dan dengan kuantiti yang cukup. Continue reading “Bintang Mas, Klon Hibrid Belimbing Pertama di Malaysia”