MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030

CSP-2021---2030-portal

SERDANG, 31 Okt – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) hari ini melancarkan Perancangan Strategik Korporat 2021-2030 (CSP) yang menggariskan lima teras yang antaranya untuk meningkatkan produktiviti tanaman dan ternakan melalui inovasi penyelidikan serta memodenkan pertanian dengan teknik dan teknologi terkini.

CSP tersebut turut menggariskan penerokaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti; memperkasakan kaedah pemindahan teknologi kepada kumpulan sasaran; dan memperkukuhkan dan memperkasa visibiliti dan tadbir urus organisasi. Continue reading “MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030”

Advertisement

MARDI Sambut Ulang Tahun Jubli Emas

Picture1.png

SERDANG, 31 Oktober 2019 – MARDI melakar sejarah yang baru apabila berjaya menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 pada tahun ini. Tempoh yang begitu lama ini telah membuktikan ketekunan MARDI dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia selain membantu mencorakkan persekitaran sektor pertanian negara daripada bersifat konvensional kepada yang lebih dinamik dan progresif.

MARDI ditubuhkan dengan mandat menjana dan memindahkan teknologi bagi membangunkan sektor pertanian. Peranan MARDI turut diperkasa dari semasa ke semasa bagi memacu sektor pertanian supaya berkembang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Continue reading “MARDI Sambut Ulang Tahun Jubli Emas”

Padi hibrid pertama negara

Padi hibrid pertama negara

KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan varieti padi hibrid pertama MR 12H, yang antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus setiap hektar.

Pembangunan varieti padi hibrid yang dimulakan MARDI sejak 2007, membabitkan ribuan induk mandul jantan dan induk penyenggara tempatan, sehinggalah menghasilkan varieti MR 12H iaitu hasil kacukan 0025A dan 004R.

Continue reading “Padi hibrid pertama negara”