Perlu Varieti Baharu Kelapa

perlu varieti baru kelapa
Ahmad Ngalim menunjukkan kelapa Marena yang ditanam di MARDI Hilir Perak.

Berdasarkan faktor semasa, agak sedih melihat kepada pembangunan industri kelapa kita ketika ini kerana pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan. Pada peringkat huluan pula, pengeluaran buah kelapa agak terhad manakala penanam yang mempunyai azam membangunkan industri kelapa berdepan dengan masalah ketidakcukupan benih yang dihasilkan.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Hortikulktur, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak, Ahmad Ngalim, beberapa isu membelenggu industri kelapa tempatan antaranya pokok sedia ada sudah tua dan sukar untuk dituai selain masalah kekurangan tenaga buruh terutama untuk menuai. Continue reading “Perlu Varieti Baharu Kelapa”

Advertisement

VCO Pelbagai Guna

vco pelbagai guna
MINYAK kelapa dara , antara bahan semulajadi yang bersifat pelebat rambut

Minyak kelapa dara (VCO) bukanlah suatu produk yang asing dalam masyarakat di negara ini serta negara-negara Asia. Penggunaan pelbagai produk berasaskan kelapa telah menjadi budaya masyarakat Asia dan VCO merupakan salah satu produk daripada tananam tersebut.

Menurut Penyelidik Utama, Teknologi Enzim dan Fermentasi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, VCO kini semakin dikenali di serata dunia kerana khasiatnya yang pelbagai.

Ujarnya, sebelum ini, khasiat VCO kurang diberi perhatian dan hanya digunakan sebagai produk sampingan dan hanya berlegar di sekitar kampung.

“Walau bagaimanapun selepas kajian demi kajian yang dijalankan, pelbagai manfaat VCO telah ditemukan.

“Bahan-bahan aktif seperti asid lemak yang lebih pendek yang dikenali sebagai MCT (Medium Chain Trigliserida) yang lebih mudah untuk diserap oleh badan,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Kamariah, rantaian asid lemak yang mudah diserap oleh penghadaman tersebut dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan lebih pantas berbanding asid lemak lain. Continue reading “VCO Pelbagai Guna”

Ketupat Palas Sejuk Beku

palas1

“Saya mula ‘terjebak’ dalam dunia perniagaan ini selepas melihat ketupat palas yang disimpan dalam peti sejuk di rumah mentua boleh tahan sampai setahun.

“Malah apabila dikukus semula ia masih elok dan boleh dimakan pada hari raya berikutnya,” kata pengusaha ketupat palas sejuk beku, Hashimah Hashim, 53, dari Abi Kampung Tengah, Kangar, Perlis.

Mula beroperasi pada 2009, Hashimah menubuhkan syarikat ABY Food Enterprise (ABY), dengan mengeluarkan modal permulaan RM5,000 secara kecil-kecilan di rumah.

Berkat kesabaran dan sentiasa percaya pada rezeki, kini perusahaan ketupat palas sejuk beku mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menurutnya, buat masa ini, terdapat ketupat palas pulut lemak, pulut jagung, pulut hitam, kacang dan yang terbaru dalam perancangan ialah pulut pelam sejuk beku. Continue reading “Ketupat Palas Sejuk Beku”

Manisnya Harumanis, ‘Mangifera indica Linn’

Mempelam harumanis atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ adalah sejenis buah bermusim yang sangat sinonim dengan Perlis.

Harumanis (1)

Ia sentiasa menjadi sebutan ramai apabila tiba musimnya pada April hingga Jun. Kemanisan yang mencapai 23 peratus brix dan keharumannya sangat digemari sama ada dimakan segar, dibuat jus atau dimakan bersama pulut.

Tekstur isinya halus dan tidak berair malah apabila dimakan ia tidak banyak mengandungi serat berbanding mempelam yang lain.

Faktor yang menyebabkan harumanis sesuai ditanam di negeri berkenaan kerana kesuburan tanahnya dan faktor cuaca panas sangat baik bagi proses pertumbuhan serta penghasilan harumanis berkualiti.

Ciri-ciri harumanis adalah di bahagian bawahnya lekuk berbanding mempelam lain yang berbentuk bujur.

Apabila masak buahnya berbau harum sementara isinya manis dan berwarna kekuningan.

Ia mempunyai dua warna kulit iaitu hijau (yang dibalut dengan kertas pembalut biasa) dan kuning (yang dibalut dengan kertas karbon). Namun saiz dan rasa isinya tetap sama. Continue reading “Manisnya Harumanis, ‘Mangifera indica Linn’”