AGORA Agropreneur Muda MARDI Lahirkan Usahawan Berfikiran Kreatif


Serdang, 30 Mac – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menggiatkan program dalam melahirkan Agropreneur Muda yang menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan yang tinggi & lumayan.

Bagi menjayakan hasrat tersebut satu program khas yang dikenali sebagai AGORA telah dianjurkan oleh Program Agropreneur Muda, Pusat Promosi & Pembangunan Perniagaan MARDI.

Program yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan berumur antara 18-40 tahun dari pelbagai bidang pertanian. Ia merupakan program yang memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep keusahawanan moden, asas perniagaan serta sesi ceramah teknikal berkaitan tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan. Continue reading “AGORA Agropreneur Muda MARDI Lahirkan Usahawan Berfikiran Kreatif”

Advertisement

Memperkukuh Kekuatan Negara Melalui Jaminan Keselamatan Makanan

foodsecurity

Langkawi, 21 Mac – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) buat pertama kalinya telah menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17) yang berlangsung dari 21 sehingga 25 Mac 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, Kedah. Ruangan pameran yang diuruskan oleh MARDI ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Dengan tema ‘Defending the Nation through Food Security’, fokus utama pembabitan Kementerian di LIMA’17 adalah bertujuan untuk memperkenalkan jaminan bekalan makanan atau food security kepada umum. Food security melambangkan keupayaan dan kekuatan sebebuah negara menghasilkan makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti; bekalan (avaibility), mudah diperoleh (accessibility), harga yang munasabah (affordability) serta keselamatan kualiti (safety quality). Malaysia berada di tangga ke-35 dalam aspek jaminan bekalanan makanan. Singapura pula di tangga ke-3, China ke-42, Thailand ke-51, Vietnam ke-57, Indonesia ke-71 dan Filipina ke-74. (sumber: Global Food Security Index)

Continue reading “Memperkukuh Kekuatan Negara Melalui Jaminan Keselamatan Makanan”

Hibrid Kubis Bulat Di Tanah Rendah

Kubis antara hasil tanaman tanah tinggi dan dikatakan agak mustahil boleh ditanam di kawasan tanah rendah dan bercuaca panas.Namun semua itu kini bukan lagi mustahil apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menemui benih hibrid kubis bulat yang boleh ditanam di kawasan berkenaan.

Tanaman kubis bulat mempunyai potensi kerana ia antara salah satu sayuran yang paling popular di Malaysia dan sentiasa mendapat permintaan pasaran. Sekiranya pengeluaran berterusan dan konsisten termasuk mengawal serangan perosak serta penyakit dapat diminimumkan, penetapan harga ladang optimum setara harga ladang kubis bulat di tanah tinggi. Timbalan Pengarah (Pembaikbakaan), Pusat Penyelidikan Hortikulktur MARDI Dr Rozlaily Zainol berkata, kubis bulat adalah sayuran temperate (hawa sederhana) yang ditanam secara komersial di tanah tinggi. Continue reading “Hibrid Kubis Bulat Di Tanah Rendah”