Majlis Penyerahan Projek Dan Lawatan Ke Projek Menaik Taraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

TATML 27 Oktober 2015 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Dan Lawatan Ke Projek Menaik Taraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat Pembangunan Dan Infrastruktur oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharif Bin Haron, Ketua Pengarah MARDI serta diserikan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.
Turut diadakan sesi menandatangani Dokumen Penyerahan Projek Menaiktaraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, lawatan ke tapak projek dan sesi menandatangani pluk Penyerahan Bangunan Dan Infrastruktur.
pic 1 lang

Continue reading “Majlis Penyerahan Projek Dan Lawatan Ke Projek Menaik Taraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi”

Advertisement

Kejayaan MARDI di iENA 2015, Jerman

ienaSukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) penyertaan inovasi MARDI di IENA 2015, Nuremberg Jerman pada 29 Okt – 1 Nov 2015 telah membawa pulang kemenangan berikut :

1) Dr. Shanmugavelu Sithambaram (Pusat AS) : A Sub-dermal RFID based livestock profiling system – Gold Award

2) Dr. Nur Azura bt. Mohd Said (Pusat BT) : Enzyme-based detection kit for aquatic Malachite Green – Gold Award

3) Dr. Koh Soo Peng (Pusat BT) : New microencapsulating agent with multifunction applications – Silver Award

MARDI mengucapkan TAHNIAH kepada pereka cipta dan ahli kumpulan. Semoga kejayaan dan kemenangan ini menjadi sumber inspirasi para penyelidik MARDI untuk terus menghasilkan inovasi dan teknologi yang kreatif, berdaya saing serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

SYABAS & TAHNIAH !!!