Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for July, 2016

Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit

bena-perang-BH

Baru-baru ini, sebahagian kecil pesawah dalam kawasan Parlimen Bagan Serai mendakwa telah menanggung kerugian ribuan ringgit apabila lebih 10 hektar kawasan sawah yang diusahakan mereka diserang perosak bena perang atau dipanggil ‘bom’ oleh penduduk setempat. Varieti yang ditanam dipercayai adalah benih CL. Ramai diantara mereka mendakwa hasil telah merosot hingga ke paras 3 tan metrik. (Sumber dipetik dari Berita Harian, 17 Julai 2016)
(more…)

Advertisements

National Coconut Workshop 2016

brochure_banner

Persatuan Alumni UPM akan menganjurkan “National Coconut Workshop” 2016 bertujuan membincangkan isu dan cabaran industri kelapa di Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh : 9 Ogos 2016 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Bangunan Canselori Putra UPM
Brosur: https://goo.gl/KDH7f2 

Yuran Penyertaan:
Peserta/pembentang poster: RM 350
Alumni : RM 200
Pelajar : RM 50
Pempamer ( Exhibitor ) : RM 500.00

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Bengkel ini boleh menghubungi sekretariat ditalian 03 8946 7242/7243/7244 atau email: alumniupm@gmail.com.

Persidangan Kebangsaan Agrobiodiversiti – #NAC2016

NAC3jpg_

“Agrobiodiversiti untuk Pembangunan Sosioekonomi Negara”
4 – 6 Oktober 2016 • TH Hotel & Convention Centre Terengganu

http://nac.mardi.gov.my/2016/

Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam

ayam sakitMerujuk kepada penyakit ayam yang diviralkan di laman sosial dan di aplikasi whatsapp, adalah dimaklumkan bahawa isu ini telah ditimbulkan pada pertengahan tahun lalu dan pihak DVS telah pun membuat kenyataan media bagi menjawab isu tersebut.

Ditekankan sekali lagi bahawa tiada penyakit misteri pada ayam. Merujuk kepada gambar-gambar yang diviralkan ini disebabkan oleh ayam di ladang tersebut tidak di vaksin diperingkat awal usianya. Penyakit ini tidak boleh menjangkiti manusia (zoonotik). (more…)