Bengkel SWAT School of Malaysia 2013

xx

Satu Bengkel “SWAT School of Malaysia” telah diadakan pada 21-23/11/2013 di Kompleks Latihan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI pada 21/11/2013.  Bengkel merupakan satu aktiviti dibawah Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, diketuai oleh Dr Muhamad Radzali Mispan yang telah dijalankan dengan kerjasama SWAT Team of Malaysia dan tenaga pakar dari Vietnam.
Program Persidangan dan Pameran ingin mengucapkan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak diatas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan bengkel berkenaan.
Sila layari https://www.facebook.com/bookmarks/apps#!/CEPMARDI utk gambar-gambar semasa bengkel berkenaan.
Advertisement

Tingkatkan Pengeluaran Gula Kabung

gula kabung

KUALA LIPIS 17 Nov. – Pengusaha gula kabung di daerah ini perlu merebut peluang disediakan kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti produk masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi meningkatkan pengeluaran produk itu untuk pasaran antarabangsa.

“Justeru, komitmen dan pembabitan proaktif pengusaha gula kabung perlu bagi meningkatkan pengeluaran. Di pihak kerajaan negeri pula kita amat menyokong usaha itu,” katanya di sini baru-baru ini.

 

Pencapaian MARDI di International Trade Fair (IENA) – Nuremberg, Jerman

IENA 2013

 

1

High Phloretin-G (Antioxidant) Drink From Limau Kasturi Waste

Dr. Suri b. Roowi (Pusat TM)

GOLD AWARD

2

MYG-Mung Bean – New and Highly Nutritious Tempeh

Dr. Kamariah bt Long (Pusat BT)

GOLD AWARD

3

Halal Information Checking and Ordering System

Dr. Teoh Chin Chuang (Pusat MA)

 BRONZE AWARD

KUALA LUMPUR, Rabu 6 Nov – MARDI terus melakar kejayaan apabila sekali lagi dianugerahkan dua pingat emas dan satu gangsa dalam penciptaan terbaharunya di International Trade Fair (IENA) di Nuremberg, Jerman dari 31 Okt hingga 4 Nov lepas. Continue reading “Pencapaian MARDI di International Trade Fair (IENA) – Nuremberg, Jerman”