Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Khasiat Kunyit Hitam

kunyit hitam

KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.

Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh. Read the rest of this entry »

Advertisements
apakah yang anda perlu tahu mengenai madi - suri roowi-01-01-01

 

Ikuti penjelasan Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI mengenai apakah yang anda PERLU TAHU MENGENAI MADU.Soalan 1 – Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan – Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2 – Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan – Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 3 – Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan – Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;

a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 4 – Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan – Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah;

a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69

“…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”

a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 5 – Adalah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan – Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

——————————-

BIODATA PENULIS – Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan

#DrSuriRoowi #betterMARDI #ourfoodourfuture

 

mardikemaman

Pada 15 Oktober 2017 (Ahad), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Makmal Pemprosesan madu Kelulut Kemaman yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,Menteri Pertanian dan industri Asas Tani Malaysia.

Makmal yang diilhamkan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek ini merupakan langkah permulaan bagi meningkatkan mutu dan kualiti madu kelulut bagi pengusaha lebah kelulut dan sebagai insiatif permulaan di daerah Kemaman yang dipilih sebagai perintis untuk pemprosesan madu kelulut yang memenuhi piawaian dan standard yang telah dibangunkan. Read the rest of this entry »

inisiatif-kampus-hijau-MARDI_web

Serdang, 5 Oktober  – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini dengan rasminya telah mengadakan Inisiatif Kampus Hijau yang melibatkan seluruh warga MARDI, NGO, anak syarikat dan organisasi yang bertapak dalam lingkungan pejabat seperti MARDI MAEPS Sdn. Bhd. dan International Tropical Fruits Company (TFNet).

Inisiatif yang dilancarkan  oleh YBhg. Datuk Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini dibangunkan dengan beberapa kaedah termasuk menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran dengan melibatkan komponen utama termasuk manusia, persekitaran fizikal dan amalan nilai yang lestari. Read the rest of this entry »

kelulut bebola

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Madu kelulut bakal melalui inovasi baharu dalam penghasilan produk berasaskan madu di pasaran tempatan apabila ada usaha untuk mempelbagaikan bentuk produk madu tersebut.

Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Sarawak Dr Chua Hun Pin berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir menghasilkan madu kelulut dalam bentuk bebola dikenali sebagai ‘Kelulut Honey Pearls’ atau ‘Bebola Madu Kelulut’ untuk dipasarkan pada tahun hadapan.

“Kita lihat produk madu kelulut di pasaran tidak banyak dan biasanya hanya dimasukkan ke dalam minuman atau ke dalam kek serta tiada keunikannya. Read the rest of this entry »

Hari-Inovasi-MARDI

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi kunci dalam menjadikan kita setapak lebih maju lagi dalam sektor industri pertanian seterusnya membela masyarakat dengan gemilang.

Hari Inovasi MARDI merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2011. Antara program yang terlibat semasa Hari Inovasi adalah pameran dan pertandingan MSTE (MARDI Science and Technology Exhibition), pameran dan pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI, seminar inovasi, majlis penyampaian hadiah dan penganugerahan Anugerah Inovasi MARDI (AIM).

Acara ini merupakan platform pengiktirafan kepada para penyelidik atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.

Bagi melihat gambar-gambar pameran dan penerima anugerah lain sempena Hari Inovasi MARDI, layari Facebook MARDI sekarang! #HIM2017 #betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku

Inisiatif Penjenamaan Semula MARDI-01

Serdang, 19  September  –  Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini dengan jayanya telah melancarkan inisiatif penjenamaan semula MARDI yang diadakan pada malam berprestij, Malam Anugerah Inovasi Tani MARDI di sini. Penjenamaan semula MARDI ini terkandung dalam perkara keempat Bajet 2016 melalui peruntukan yang telah di salurkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasakan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian sebagai sumber makanan negara. Read the rest of this entry »

MARDI was given the opportunity for the 3rd time to work with Food and Fertilizer Technology Center for Asian and the Pacific (FFTC) to jointly organize the Regional Workshop on Protected Cultivation of High-Value Crops under Changing Climate Conditions which was successfully held from 12-14 September 2017 in MARDI Serdang. The workshop brought together 50 participants from local and abroad (Cambodia, India, Indonesia, Japan, Malaysia, Philippines, South Korea, Taiwan, Thailand, Vietnam and the Netherlands). The 3 days programme covered 2 days Workshop and 1 day Technical Visit.

The workshop gathered international experts in the area of protected cultivation to update the current status of various technological components of protected cultivation of high-value crops such as designing of structures for tropical and sub-tropical agro-climatic conditions, micro-environmental control, and ideal modules on irrigation, integrated crop management, and integrated pest management. Besides, this was also to look at transition pathways and associated requirements towards establishing protected cultivation, and cooperation in the sector to move towards market-based pricing in order to reflect improved products and innovation. Read the rest of this entry »

standard_durian

PUTRAJAYA – Satu sistem standard khas bagi durian akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan raja buah tersebut terjamin dari segi kualiti selain mengelak pengguna daripada ditipu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sistem tersebut akan dibangunkan oleh kementerian dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Tidak mustahil suatu hari nanti, durian mempunyai sijil pengesahan sendiri melalui sistem standard khas yang kita bangunkan di mana setiap durian misalnya Musang King mempunyai label dan pelekat yang disahkan. Read the rest of this entry »

Konvensyen Team Excellence (ICC) Peringkat Wilayah Utara telah berlangsung pada 15-16 Ogos 2017 di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan-kumpulan KIK MARDI yang telah berjaya dalam konvensyen tersebut.

Berikut adalah senarai Kumpulan KIK beserta Tajuk Projek yang telah dipertandingkan. Untuk makluman, kumpulan-kumpulan yang telah berjaya di peringkat wilayah ini akan berpeluang untuk bertanding ke peringkat Kebangsaan (Annual Productivity & Innovative Convention – APIC) pada November akan datang dan sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka semua di peringkat yang lebih tinggi!

tahniah kik