Peranan MARDI dalam membangunkan teknologi penternakan lebah kelulut.
#betterMARDI #OurFoodOurFuture
Peranan MARDI dalam membangunkan teknologi penternakan lebah kelulut.
#betterMARDI #OurFoodOurFuture
Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa. (29 Mac 2016 – 2.30 petang)
Semua dijemput hadir! Muat turun brosur syarahan di: https://goo.gl/yVgBhj
Semua dijemput hadir!
Muat turun brosur : https://goo.gl/sG2pbV
GEORGE TOWN, 16 Mac – Fenomena El Nino yang berlarutan dijangka menjejaskan pengeluaran dan jadual penanaman padi luar musim untuk tahun ini, kata Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pulau Pinang Azmi Abdul Razak.
Azmi berkata proses penuaian padi dilakukan Januari lepas dan sepatutnya penanaman akan bermula akhir Mac atau awal April namun sehingga kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih belum dapat membekalkan air. Continue reading “Fenomena El Nino Jejaskan Pengeluaran Dan Jadual Penanaman Padi – MARDI”
PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) — Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.
Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.
Berikutan itu, katanya, kerajaan telah mengerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) pada tahun lepas sebagai usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.
MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, satu inisiatif global yang diperkenalkan oleh Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), katanya. Continue reading “3,000 Tan Makanan Dibuang Sehari Di Malaysia”