Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for April, 2017

Intellectual Discourse : Memperkasa Usahawan Agromakanan Melalui Teknologi MARDI

e-Banner Intellectual Discourse anjung net (Hassan Said 650x300)

Semua dijemput hadir ke #IDMARDI ini! Muat turun brosur melalui pautan di gambar ini

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sumber pertumbuhan ekonomi yang penting dan akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia seiring dengan langkah untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pada tahun 2015, PKS telah menyumbang sebanyak 36.3% KDNK negara dengan jumlah nilai ditambah sebanyak RM385.6 bilion pada kadar peningkatan tahunan sebanyak 6.1%, memberi peluang perniagaan sebanyak 65% dan memberi nilai eksport sebanyak 18%. Ini jelas menunjukkan prestasi PKS di Malaysia semakin meningkat. Ia juga membuktikan bahawa PKS memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan masa hadapan negara.

Demi meningkatkan produktiviti dan mengekalkan daya saing, PKS tidak boleh ketinggalan dengan arus perubahan teknologi dan perlu giat melaksanakan aktiviti inovasi. MARDI memindahkan teknologi dan inovasi secara terus kepada PKS melalui Program Pembangunan Usahawan, Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan (PB) yang mempunyai tiga subprogram utama iaitu Khidmat Sokongan Usahawan, Khidmat Bimbingan Usahawan dan Projek Khas Pembangunan Usahawan. Golongan sasar program ini ialah usahawan Industri Asas Tani (IAT) dan pertanian yang bertaraf perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bersedia untuk menerima dan membangun dengan penggunaan teknologi MARDI. (more…)

1.6 Juta Penjawat Awam Bantu Kurangkan Pembaziran Makanan

MYSaveFood---KSN-2017

Putrajaya – 5 April 2017 – Dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara untuk masa hadapan juga memlihara alam sekitar dan membantu ekonomi keluarga, kehilangan dan pembaziran makan di Malaysia didapati bercanggah dengan usaha tersebut. Menerusi kajian daripada SWCorp, Malaysia membuang 15,000 tan metrik makanan setiap hari. Manakala MARDI menganggarkan 7.89% padi hilang di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.

Menurut YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, data tersebut menunjukkan gejala pembaziran makan di Malaysia amat merisaukan. Malah pembaziran tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat negara ini yang tidak menghargai makanan. Bagi mengatasi masalah tersebut, menerusi inisiatif MYSaveFood, beliau menyarankan agar penerapan nilai menghargai dan mengurangkan pembaziran makanan dimulai dengan 1.6 juta penjawat awam. (more…)