The urban gardener — how you can benefit from planting your own greens!

nst1.jpg

A VISIT to a local grocery store during the recent Movement Control Order (MCO) made me realise that my days of playing with soil — weeding and planting — was a good idea after all.

Walking down the aisle, I was shocked to see shelves normally filled with fresh greens completely empty.

Those that did have vegetables were in a very sorry state. I guessed that it was probably due to logistical issues. With limited movement and road blocks, perhaps deliveries from farms had become a problem, I mused to myself. Continue reading “The urban gardener — how you can benefit from planting your own greens!”

MOU antara MARDI – Universitas Muhammadiyah Sumatera (UMSU)

This slideshow requires JavaScript.

18 Jun 2020 – MARDI telah berjaya memeterai satu lagi Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya dengan pihak antarabangsa iaitu dengan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor (Ketua Pengarah MARDI) dan Bapak Dr. Agussani (Rektor UMSU). MARDI turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Pengarah Pusat Pengurusan Sumber Manusia dan Pengarah Pusat Urus Tadbir & Perundangan. Continue reading “MOU antara MARDI – Universitas Muhammadiyah Sumatera (UMSU)”

Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan

bernama_1

GEORGE TOWN (Bernama) – Keputusan K. Ramana, 30, untuk meninggalkan gaji lumayan dan karier sebagai juruterbang pesawat komersial dengan menceburi bidang pertanian empat tahun lalu, ternyata tidak sia-sia. Manakan tidak, siswazah lulusan sebuah institusi pengajian penerbangan di Thailand itu bukan sahaja berjaya membuktikan pertanian mampu menjana pendapatan lumayan malah dapat mencipta industri baharu dalam pengeluaran makanan ternakan haiwan. Melalui bimbingan dan bantuan geran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, syarikat penanaman jagung bijirin miliknya iaitu Famox Plantation (M) Sdn Bhd di Merbok Kedah, berupaya menjana pendapatan bulanan mencecah jutaan ringgit. Continue reading “Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan”

Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020

doc79jhlxnyhaht6g3jaa2

LANGKAWI, 3 Mac 2020 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malasyaia (MARDI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada hari ini dengan jayanya telah mengadakan Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan (AGROTOUR) 2020 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal Azman Bin Abu Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Seminar kali ketiga yang dianjurkan di bawah inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini merupakan salah satu strategi dalam merancakkan lagi industri agro pelancongan negara. Industri ini merupakan salah satu komponen dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang amat diberi penekanan oleh pihak kementerian. Continue reading “Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020”

Galeri Inovasi Padi, Pacu Industri Agropelancongan Negara

oznor
Haslina (kiri) pada Majlis Perasmian Galeri Inovasi Padi Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang di sini hari ini. Gambar: Sinar Harian

TANJONG KARANG, 18 Februari 2020 – MARDI pada hari ini terus mengorak langkah ke hadapan dalam memacu industri agro pelancongan negara dengan mewujudkan sebuah Galeri Inovasi Padi di Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang, Selangor yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Galeri Inovasi Padi ini merupakan salah satu strategi institut dalam menyebarluaskan pengetahuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada masyarakat disamping meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh pengunjung. Ia juga sebagai platform terbaik dalam meningkatkan lagi penjanaan pendapatan industri agro pelancongan khususnya dalam sektor padi dan beras di Tanjong Karang. Continue reading “Galeri Inovasi Padi, Pacu Industri Agropelancongan Negara”

Hibrid Orkid Dendrobium Zurina

Dendrobium-Zurina---portal

MELAKA, 22 November 2019 – MARDI pada hari ini melakar sejarah yang baru apabila berjaya menyempurnakan Majlis Penyerahan Dendrobium Zurina, Hibrid Orkid Baharu MARDI kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil, Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersempena dengan Melaka Floral Festival yang diadakan pada 22 – 24 November 2019 di Taman Seribu Bunga Ayer Keroh. Continue reading “Hibrid Orkid Dendrobium Zurina”

MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030

CSP-2021---2030-portal

SERDANG, 31 Okt – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) hari ini melancarkan Perancangan Strategik Korporat 2021-2030 (CSP) yang menggariskan lima teras yang antaranya untuk meningkatkan produktiviti tanaman dan ternakan melalui inovasi penyelidikan serta memodenkan pertanian dengan teknik dan teknologi terkini.

CSP tersebut turut menggariskan penerokaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti; memperkasakan kaedah pemindahan teknologi kepada kumpulan sasaran; dan memperkukuhkan dan memperkasa visibiliti dan tadbir urus organisasi. Continue reading “MARDI Lancar Perancangan Strategik Korporat 2021-2030”

MARDI Sambut Ulang Tahun Jubli Emas

Picture1.png

SERDANG, 31 Oktober 2019 – MARDI melakar sejarah yang baru apabila berjaya menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 pada tahun ini. Tempoh yang begitu lama ini telah membuktikan ketekunan MARDI dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia selain membantu mencorakkan persekitaran sektor pertanian negara daripada bersifat konvensional kepada yang lebih dinamik dan progresif.

MARDI ditubuhkan dengan mandat menjana dan memindahkan teknologi bagi membangunkan sektor pertanian. Peranan MARDI turut diperkasa dari semasa ke semasa bagi memacu sektor pertanian supaya berkembang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Continue reading “MARDI Sambut Ulang Tahun Jubli Emas”

Padi hibrid pertama negara

Padi hibrid pertama negara

KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan varieti padi hibrid pertama MR 12H, yang antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus setiap hektar.

Pembangunan varieti padi hibrid yang dimulakan MARDI sejak 2007, membabitkan ribuan induk mandul jantan dan induk penyenggara tempatan, sehinggalah menghasilkan varieti MR 12H iaitu hasil kacukan 0025A dan 004R.

Continue reading “Padi hibrid pertama negara”

Majlis Perasmian CoE Ternakan MARDI Kluang dan Pelancaran Baka Baharu Kambing MARDI

71569715495_TBmenteri

KLUANG, 28 September 2019 – MARDI melakar sejarah yang baru apabila berjaya membangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan di MARDI Kluang serta melancarkan baka baharu kambing kacukan antara Katjang x Boer di Majlis yang berlangsung pada hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Continue reading “Majlis Perasmian CoE Ternakan MARDI Kluang dan Pelancaran Baka Baharu Kambing MARDI”