Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020

doc79jhlxnyhaht6g3jaa2

LANGKAWI, 3 Mac 2020 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malasyaia (MARDI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada hari ini dengan jayanya telah mengadakan Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan (AGROTOUR) 2020 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal Azman Bin Abu Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Seminar kali ketiga yang dianjurkan di bawah inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini merupakan salah satu strategi dalam merancakkan lagi industri agro pelancongan negara. Industri ini merupakan salah satu komponen dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang amat diberi penekanan oleh pihak kementerian. Continue reading “Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020”