Terbitan Terkini MARDI :
Terbitan Terkini MARDI :
Gallus gallus adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah, Gallus varius untuk ayam hutan hijau, Gallus sonneratii untuk ayam hutan kelabu dan Gallus lafatetii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka.
Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas.
Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah.
Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Continue reading “Baka Ayam Kampung Terbaik”
LEDANG 22 Julai – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenal pasti kira-kira 80 peratus daripada kawasan tanaman padi di seluruh negeri ini yang seluas 1,528 hektar berdepan dengan masalah padi angin.
Pengarah MARDI negeri, Saniah Kormin berkata, serangan padi angin melibatkan 758 pesawah itu dikesan sejak 2009 sehingga menyebabkan penurunan hasil sebanyak 55 peratus atau kadar hasil padi sebanyak 3.2 tan metrik sehektar. Continue reading “80% Sawah Diancam Padi Angin”