Hibrid Orkid Dendrobium Zurina

Dendrobium-Zurina---portal

MELAKA, 22 November 2019 – MARDI pada hari ini melakar sejarah yang baru apabila berjaya menyempurnakan Majlis Penyerahan Dendrobium Zurina, Hibrid Orkid Baharu MARDI kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil, Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersempena dengan Melaka Floral Festival yang diadakan pada 22 – 24 November 2019 di Taman Seribu Bunga Ayer Keroh.

Hibrid orkid baharu Dendrobium Zurina yang mempunyai ciri istimewa ini merupakan kacukan antara Dendrobium Penang Little Magic dan Dendrobium violaceaflavens. Ia berbentuk curly horn-type yang mana bunganya mempunyai sepal dan petal berpintal yang berbentuk seperti tanduk. Jambangan bunga hibrid orkid bukan sahaja bersifat vigorous dan kerap berbunga, malahan ianya boleh bertahan sehingga 3 – 4 minggu lamanya. Selain daripada itu, sifat pokonya yang tahan panas dan menghasilkan jambangan bunga agak panjang dengan bilangan bunga yang banyak serta tersusun kemas pada tangkai yang kuat menjadikan ianya sesuai sebagai pokok pasuan dan hiasan.

Upacara penyerahan hibrid orkid yang diadakan bersama TYT Negeri Melaka ini merupakan simbol utama dalam mempromosikan produk orkid jenis iklim berhawa sederhana tempatan. Ianya telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di United Kingdom pada November 2019 dan diharap dapat memenuhi permintaan pasaran yang tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalaman malahan luar negara.

Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Turut hadir; YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan; YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).


Program Perhubungan Awam, MARDI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s