MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
- Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
- Perladangan campuran
- Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
- Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
- Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
- Memberi bantuan untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
- Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
- Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil
- Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan
- Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
saya ingin tahu bagaimana cara hendak menghadiri khursus dan latihan yang mardi sediakan,, saye berminat dlam bidang penbuatan makanan.. seperti. sos pencicah,,
Salam, tuan boleh layari laman Portal MARDI, muat turun maklumat pada pautan yang disediakan seperti berkut :
– Brosur Kursus & Latihan Teknikal MARDI 2013
– Senarai Kursus & Latihan Teknikal 2013
– Borang Permohonan Kursus 2013
http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2013
Saya amat berminat dgn penternakan ayam kampung..bagaimana cara memulakan dengan modal kecil dan pihak mardi boleh membantu saya dari segi kursus penternakan dan pemasaran
En. Aliyas,
Kurus penternakan ayam kampong telah pun diadakan pada bulan Februari lepas. Walaubagaimanapun MARDI ada menjalankan kursus penternakan ayam kampong luar jadual sekiranya terdapat permintaan lebih daripada 15 permohonan. Tuan boleh menghubungi
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
43400 Serdang
Selangor
Tel: 03-43 7238/7221
Faks: 03-8948 2216
Emel: elatihan@mardi.gov.my (dan) scha@mardi.gov.my (atau) layari laman web mardi: http://www.mardi.gov.my http://www.elearn.mardi.gov.my
Ataupun tuan boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Verteriner berdekatan. JPV juga ada menjalankan kursus penternakan. Layari laman web JPV http://www.dvs.gov.my http://www.dvs.gov.my/ms/latihan
Sekian. Terima Kasih
asalamualaikum….saya radhi dari negeri sembilan soalan saya manakah untuk dapat baka ayam ini?
mencari bake anak ayam kampung….saya dari negeri sembilan…
Untuk makluman berkenaan dengan stok ayam kampong/benih ayam kampung ,mohon Tuan/puan hubungi;
Pegawai: Azlina Azma Binti Ismail Affendee
Email: einazma@mardi.gov.my
No tel: 09 455 2220
Walaubagaimanapun, anda perlu menunngu giliran kerana masih ramai pelanggan yang telah menempah benih ayam ini.
– Untuk makluman berkenaan dengan stok ayam kampong/benih ayam kampung ,mohon Tuan/puan hubungi;
Pegawai: Azlina Azma Binti Ismail Affendee
Email: einazma@mardi.gov.my
No tel: 09 455 2220
Walaubagaimanapun, anda perlu menunngu giliran kerana masih ramai pelanggan yang telah menempah benih ayam ini.
Salam, berapakah harga semasa sekilo ayam kampung?Bagaimana kita nak kenalpasti ayam kampung itu original sama ada di peringkat anak ayam atau ayam dewasa?
Wsalam. MARDI tidak menjual ayam kampung dengan kilo. MARDI hanya menjual anak ayam kampung, per ekor. Harga untuk seekor, RM1.80. Untuk maklumat pengenalpastian, mohon hubungi Pegawai Penyelidik berkenaan dengan ini di MARDI Muadzam untuk keterangan lanjut : Pn. Azlina Azma Binti Ismail Affendee Tel: 09-452 2220
boleh x bgi cnth bunga kacukan yg terbaru MARDI?
Pelbagai kacukan telah dihasilkan di MARDI. Yang paling popular adalah keluarga orkid. Antaranya kacukan tersebut telah diberi nama. Ia termasuk :
Dendrobium Tuanku Najihah, (August 1996)
Dendrobium Doctor Sharif, (January 2000)
Dendrobium Tuanku Fauziah, (September 2002)
Dendrobium Datin Zakiyah, (September 2003)
Mokara Datin Seri Endon (April 2005)
Mokara Puan Seri Norainee (July 2005)
Dendrobium Abdullah Badawi (November 2006)
Kagawara Tuanku Syed Sirajuddin (November 2006)
Assalamu’alaikum w.b.t.
Saya merupakan pengusaha murtabak mini ingin tahu bagaimana nak dapatkan mesin pemprosesan murtabak mini dan berapakah harganya. Terima kasih.
Walaikumsalam. Continious Murtabak Oven. Rm38,000. Harga Tray murtabak RM5,000 untuk penghasilan 50 Biji. Sila hubungi En. Zol di talian : 03-89437705 atau emel zolaris@mardi.gov.my