Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan

bernama_1

GEORGE TOWN (Bernama) – Keputusan K. Ramana, 30, untuk meninggalkan gaji lumayan dan karier sebagai juruterbang pesawat komersial dengan menceburi bidang pertanian empat tahun lalu, ternyata tidak sia-sia. Manakan tidak, siswazah lulusan sebuah institusi pengajian penerbangan di Thailand itu bukan sahaja berjaya membuktikan pertanian mampu menjana pendapatan lumayan malah dapat mencipta industri baharu dalam pengeluaran makanan ternakan haiwan. Melalui bimbingan dan bantuan geran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, syarikat penanaman jagung bijirin miliknya iaitu Famox Plantation (M) Sdn Bhd di Merbok Kedah, berupaya menjana pendapatan bulanan mencecah jutaan ringgit. Continue reading “Geran Bantuan Kerajaan ‘Talian Hayat’ Agropreneur Muda Cipta Kejayaan”