Galeri Inovasi Padi, Pacu Industri Agropelancongan Negara

oznor
Haslina (kiri) pada Majlis Perasmian Galeri Inovasi Padi Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang di sini hari ini. Gambar: Sinar Harian

TANJONG KARANG, 18 Februari 2020 – MARDI pada hari ini terus mengorak langkah ke hadapan dalam memacu industri agro pelancongan negara dengan mewujudkan sebuah Galeri Inovasi Padi di Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang, Selangor yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Galeri Inovasi Padi ini merupakan salah satu strategi institut dalam menyebarluaskan pengetahuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada masyarakat disamping meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh pengunjung. Ia juga sebagai platform terbaik dalam meningkatkan lagi penjanaan pendapatan industri agro pelancongan khususnya dalam sektor padi dan beras di Tanjong Karang. Continue reading “Galeri Inovasi Padi, Pacu Industri Agropelancongan Negara”