Pemenang – Kajian Persepsi & Kecenderungan Pengguna Terhadap Barangan Segar Melalui E-Perniagaan

Pemenang ETPemenang – Kajian Persepsi Dan Kecenderungan Pengguna Terhadap Pembelian Barangan Segar Pertanian Melalui E-Perniagaan.

Kajian persepsi dan kecenderungan pengguna terhadap pembelian barangan segar pertanian melalui e-perniagaan telah dijalankan bermula pada 1 November hingga 31 Disember 2014.  Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengalaman pengguna terhadap pembelian barangan segar pertanian melalui e-perniagaan. Soal selidik dalam talian telah digunakan terhadap pengguna yang dipilih. Seramai 741 orang responden terlibat dalam soal selidik ini, didapati 586 orang yang memiliki pengalaman dalam pembelian barangan di Internet. Daripada jumlah ini hanya 23% sahaja atau 129 orang sahaja yang mempunyai pengalaman khususnya dalam pembelian barangan segar.

Continue reading “Pemenang – Kajian Persepsi & Kecenderungan Pengguna Terhadap Barangan Segar Melalui E-Perniagaan”

Advertisement

Midin – Sayur Tradisional Sarawak

Paku Midin Paku midin (Stenochlaena palustris) merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak.

Paku midin yang digoreng bersama ikan bilis dan belacan telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Tidak hairanlah masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah.

Sebagai sayuran yang lazat dan berkhasiat, paku midin berpotensi diketengahkan secara komersial sebagai komoditi untuk pasaran eksport. Beberapa percubaan menanam paku midin telah dijalankan di beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuching. Bagaimanapun, hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan daripada tumbuhan liar.

Continue reading “Midin – Sayur Tradisional Sarawak”

Buletin Teknologi MARDI – Siri 7

  • Pembaharuan dalam kejuruteraan genetik tumbuhan: menuju ke arah teknologi gen bersih
  • Canopytechture , struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayuran dan buah jenis menjalar di ruang terhad
  • Kaedah analisis tekstur produk makanan
  • Teknologi fermentasi pepejal: aplikasi dalam menambah nilai bahan buangan sampingan industri pemprosesan kelapa
  • Penggunaan bertih beras traditional Sarawak dalam penghasilan bar granola
  • Pengurusan bersepadu kumbang belalai – perosak utama tanaman ubi keledek

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara FELCRA dan MARDI

MoU FELCRA & MARDI

 

 

 

 

 

 

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara FELCRA dan MARDI telah diadakan sebentar tadi bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Kerjasama di antara kedua belah pihak ini adalah bagi memantapkan industri penternakan di Malaysia termasuk bidang penyelidikan makanan ternakan dan pembangunan sistem penternakan.