Agen Kawalan Biologi

agenkawalanbiologi

CAMERON HIGHLANDS, 22 Jun – Tahap penggunaan racun serangga dalam kalangan pekebun di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Beliau berkata penggunaan racun makhluk perosak yang berlebihan bukan sahaja membahayakan petani dan pengguna, malah merosakkan alam sekitar serta menyebabkan sayur-sayuran tidak dapat dieksport ke negara luar.

Katanya bagi membantu petani di Cameron Highlands mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak untuk mengawal ulat ‘Plutella’ dan ulat Pelombong Daun, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah berjaya membiakkan tiga agen kawalan biologi. Continue reading “Agen Kawalan Biologi”