Brosur/Senarai Kursus dan Latihan Teknikal yang dianjurkan MARDI untuk tahun 2013 boleh didapati pada pautan ini. Sila lawati ; http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2013 untuk maklumat lanjut.
Month: January 2013
Z’testy Pengeluar Produk Hasil Laut, Mahu Tembusi Pasaran Eropah Tahun 2013
TERENGGANU, 29 Dis – Z’Tasty, jenama baharu produk makanan laut di Terengganu, menyasarkan produknya mampu menembusi pasaran antarabangsa tahun 2013.
Pengarah Pemasaran dan Jualan Sinku Food Industries Sdn Bhd Mohd Hairiezan Rasli berkata produk jenama Z’Testy diperkenalkan di London sempena festival makanan di sana tahun lepas.
“Dalam tempoh terdekat ini, Z’Testy akan memperluaskan pasaran hasil laut Terengganu ke Eropah dengan bantuan Angkasa Food, anak syarikat Angkatan Koperasi Malaysia Berhad,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata untuk itu, syarikat pengeluar keropok utama Terengganu itu sedang berusaha mendapatkan sijil halal bagi merealisasikan matlamat tersebut. Continue reading “Z’testy Pengeluar Produk Hasil Laut, Mahu Tembusi Pasaran Eropah Tahun 2013”
Buah-Buahan Tropika Yang Bermusim Baik Untuk Kesihatan
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Malaysia kaya dengan pelbagai buah tropika seperti durian, manggis, rambutan serta duku dan langsat.
Bagaimanapun bagi sesetengah anggota masyarakat, memakan buah-buahan ini boleh menyebabkan mereka tidak sihat.
Adakah ini satu metos?
Sesetengah juga beranggapan bahawa buah import seperti epal dan anggur adalah lebih berkhasiat berbanding buah-buahan tempatan (bermusim).
Pelbagai persepsi negatif menjalar dan dilemparkan terhadap buah-buahan bermusim hingga menarik perhatian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjelaskannya.
Continue reading “Buah-Buahan Tropika Yang Bermusim Baik Untuk Kesihatan”