Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for December, 2012

Pelancaran Buku Ilmiah Terbitan MARDI

buku ilmiah

Serdang, 30 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menerbitkan beberapa buku ilmiah yang dapat dijadikan bahan rujukan yang sangat berguna terhadap masyarakat dan usahawan yang berminat dalam sektor pertanian. Buku-buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh para usahawan, pentani mahupun pelajar kerana mempunyai maklumat lengkap. Ianya ditulis oleh para pegawai penyelidik MARDI yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu. Buku-buku ilmiah tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara buku-buku yang telah diterbitkan adalah Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan adalah buku berbentuk monograf bersiri yang menghuraikan teknologi mekanisasi pengeluaran makanan yang telah dihasilkan di MARDI. Penerbitan ini menghasilkan tiga teknologi mekanisasi bagi menghasilkan produk telur masin, keropok lekor dan karipap segera. (more…)

Baka Ayam Kampung Jana Pendapatan Lumayan

SERDANG

Serdang, 29 November –  Walaupun 5% dalam pasaran ayam negara, permintaan terhadap ayam kampung semakin meningkat berikutan rasanya yang lebih lazat, pejal dan kurang lemak.

Sempena MAHA International 2012, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan baka ayam kampong MARDI yang telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Wira Mohd Johari b. Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Baka ayam kampung MARDI ini lebih baik daripada ayam kampung asli dari segi pertumbuhan, kadar peneluran, keseragaman warna bulu. Dagingnya pula teruji rendah lemak dan lebih pejal daripada ayam kampung kacukan yang biasa dijual di pasaran. (more…)

Inovasi Terkini Pertingkatkan Potensi Dabai

dabai

Serdang, 28 November –  Buah dabai atau Zaitun Sarawak mempunyai potensi yang tinggi untuk dipelbagaikan kegunaan. Secara konvensional, buah dabai hanya dimakan segar namun hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembangunan produk berasaskan buah dabai telah dibangunkan dan teknologi tersebut dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin di Pavillion Sarawak sempena MAHA International 2012

Pembangunan produk tersebut dijangka dapat mengatasi lambakan buah dabai dan sering menjadi isu di kalangan pengusaha di Sarawak. Antara produk yang telah dibangunkan adalah jeruk dabai, pulpa sejukbeku dabai, sos pencicah dan pes perencah dabai, serta mayonis dan juga minuman daripada dabai. Produk-produk tersebut contohnya pula sejukbeku boleh mengekalkan rasa segar dabai melebihi setahun. (more…)

Tranformasi Teknologi Kepada Golongan Sasar

confortech

Putrajaya, 28 November –  Pihak kerajaan berhasrat untuk memperkasakan sektor pertanian dan menjadikan sektor ini antara penyumbang penting dalam Model Ekonomi Baru Malaysia menjelang 2020 .Bagi mencapai hasrat ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (CONFERTECH) 2012 yang telah dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Wira Mohd Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Hotel Marriot,Putrajaya. (more…)

Inovasi MARDI Buka Pasaran Baru – Greenkit & Teknologi Penternakan Kelulut

6Serdang, 27 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan dua teknologi bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bidang pertanian. Teknologi Greenkit dan teknologi penternakan kelulut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Teknologi Greenkit merupakan sistem penanaman dalam takung yang boleh membekal air secara sendiri (self watering container).Tanpa penyiaraman yang kerap dan sesuai untuk tanaman ulam-ulaman dan sayur-sayuran, Greenkit menepati kehendak masyarakat masa kini yang mempunyai gaya hi

dup yang sibuk. Teknologi ini bertepatan dengan konsep ‘Laman Agro’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. (more…)

Pemodenan Industri Sarang Burung Walit

46443_411585005580207_1804750814_n

Putrajaya, 26 November – Industri Sarang Burung Walit kini dimodenkan melalui program penyelidikan yang dijalankan secara bersama oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program penyelidikan tersebut merangkumi pembangunan pengeluaran dan pemakanan, ekologi, genetik, penyakit, pemasaran dan ekonomi, serta kualiti dan standard. (more…)

Kafe teknologi moden untuk masa depan

480585_410750168997024_212501860_n

Serdang, 25 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang telah membangunkan konsep sistem dapur pusat yang menggunakan peralatan moden dan teknologi MARDI dengan jaminan keluaran produk yang berkualiti dan selamat. Teknokafe juga dibina bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum bagi melihat sendiri bagaimana pemprosesan produk makanan dilakukan menggunakan teknologi dan mesin.

Di antara mesin-mesin yang digunakan adalah mesin pemprosesan mini murtabak yang turut dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji  Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada majlis ini. Mesin lain yang ada di Teknokafe ini adalah mesin keropok lekor, mesin pembakar sate, mesin kelim karipap dan buah-buahan. (more…)

MARDI Hasilkan Varieti Padi Baru Penuhi Bekalan Beras Negara

KL10_241112_PM_MAHA 2012

Serdang, 24 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang sekali lagi telah berjaya membangunkan varieti padi baru iaitu MR 269. Baka baru padi ini dihasilkan merupakan varieti inbred biasa yang mempunyai ketahanan yang lebih baik terhadap penyakit karah dan perosak serta memberikan hasil tinggi untuk pilihan para petani dalam meningkatkan hasil tanaman mereka berbanding MR 219. Pelancaran varieti padi MR 269 ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia di Laman Padi bersempena perasmian MAHA International 2012. (more…)

Kit Pengesan Pantas Buka Pasaran Antarabangsa

Serdang, 23 November – Atas kesedaran umum yang semakin meningkat mengenai kesan pestisid seperti organofosfat dan karbamat terhadap bahan makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya membangunkan kit pengesan pantas sisa pestisid (OP-CB) bagi membolehkan sisa pestisid tersebut dapat dikesan di peringkat awal. Melalui kaedah konvensional, pengesanan pestisid mengambil masa beberapa hari dan kos yang tinggi. Namun, menggunakan Kit OP-CB ianya mengambil masa 15 hingga 30 minit berbanding dengan kaedah konvensional yang memakan masa tiga hingga lima hari.

Kit OP-CB ini juga turut memberikan persaingan tinggi kepada ujian konvensional kerana ianya amat menjimatkan kos. Kos per ujian menggunakan OP-CB adalah sekitar RM30.00 berbanding konvensional yang mencecah RM 300 hingga RM500 bergantung kepada jenis sampel. Kelebihan ini menarik minat sayrikat tempatan iaitu One Point Healthlab Sdn Bhd (OPHL) untuk mengkomersialkan teknologi berkenaan. Melalui perjanjian perlesenan antara OPHL dan MARDITech Corporation Sdn Bhd., panel MTDC telah berjaya diyakinkan untuk meluluskan dana untuk tujuan peningkatan skala pengeluaran Kit OP-CB. (more…)