Terbitan Baru MARDI : Journal of Tropical Agriculture and Food Science Vol. 39, No. 2

ISSN 1394-9829
RM 15.00
Content:
Food Science

1) Acceptability and textural quality of Sri Pontian cassava nuggets using Response Surface Methodology
2) Effects of modified atmosphere packaging on shelf life of roasted spicy chicken (ayam percik)
3) Effects of infusion conditions on total phenolic content and antioxidant activity in Centella asiatica tea

Animal Science
4) Growth performance and carcass quality of broilers fed with palm kernel meal-based rations
Biotechnology

5) Regeneration of Malaysian rice variety MR 219 via somatic embryogenesis
6) Cloning, expression and purification of a partial outer membrane protien (Omp) from Candidiatus Liberibacter asiaticus causing greening disease of citrus
7) Differentially expressed scent-related genes in early bloom Michelia alba
8) Isolation of fruit ripening genes from Carica papaya var. Eksotica 1 cDNA libraries

Resource Studies
9) Determination of sample processing uncertainty in bifenthrin residue analysis in carambola and  mango
10) Composts as additives in coconut coir dust culture for growing rockmelon (Cucumis melo I.)
11) Threshold for faba bean (Vicia faba L.) leaf expansion and stomata conductance response to plant available water
12) Prescreening of bioactivities from actinomycetes isolated from forest peat soil of Sarawak
13) Evaluation of Listeria spp. and Listeria monocytogenes in selected vegetable farms

Mechanisation and Automation
14) Performance of ventilation and cooling system on in-house environment in controlled environment structure

Short communication
15) Identification and isolation of methyl gallate as a polar chemical marker for Labisia pumila Benth.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Kedai Buku MARDI
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400
Serdang, Selangor

Tel: 03-8943 7128
Faks: 03-8943 1654
Emel:
booksale@mardi.gov.my
Web: http://ebookshop.mardi.gov.my

Advertisement

Maswangi Mampu Tandingi Kualiti Beras Wangi Import

Di Malaysia, tanaman padi untuk menghasilkan beras wangi bukan segmen utama dalam pengeluaran beras negara. Namun, berdasarkan situasi semasa, permintaan terhadap beras wangi semakin meningkat hingga mencecah 200,000 tan setahun.  Antara beras wangi yang diimport  ialah beras wangi lembut (jenis Jasmine) yang kebanyakannya diimport dari Thailand dan beras wangi peroi (Basmathi) yang kebanyakan diimport dari Pakistan atau India. Nilai  import bagi kedua-dua jenis beras ini mencecah RM500 juta setahun. Beras wangi boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti lembut, melekit, berketul dan peroi. Kebanyakan pengguna di Malaysia menggemari beras wangi dari Negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam. Fenomena ini mungkin disebabkan kurangnya beras wangi tempatan di pasaran. Dari segi harga, beras wangi lebih mahal daripada beras biasa, iaitu sekitar RM4.50 hingga RM6 sekilogram berbanding beras biasa sekitar RM2.70 hingga RM3.20 sekilogram.

Bagi mengurangkan kebergantungan beras wangi import, kerajaan khasnya menerusi Institut Penyelidikan dan   Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menggerakkan kumpulan pakar untuk menghasilkan baka padi wangi tempatan yang boleh menyaingi beras import. Justeru, menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) itu, MARDI berjaya mencipta dua jenis padi wangi iaitu MRQ 50 dan MRQ 74. Padi wangi MRQ 50 diisytiharkan pada 1999. Ia mempunyai sifat beras yang panjang dan tekstur nasinya menyamai Basmathi. Namun, potensi hasilnya hanya sekitar empat tan sehektar dengan pulangan mengilang rendah dengan perolehan berat kepala sekitar 65 hingga 75 peratus saja. Untuk menambah baik kedua-dua ciri ini, MARDI menghasilkan MRQ 74. Jenis ini diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Stesen MARDI Seberang Prai pada 5 Februari 2005 dengan diberi nama Maswangi.

MRQ74 (Maswangi) mempunyai karakter yang menyerupai beras wangi Basmathi dan kajian menunjukkan ia mengandungi Asid Butrik Amino Gamma (GABA) yang tinggi dan terbukti boleh mengurangkan tekanan bagi orang yang memakannya. GABA ialah ejen penenang semula jadi kepada otak manusia, justeru ia membantu dalam proses rehat dan kurangkan tekanan. Maswangi juga mempunyai nilai Indeks Glycemic (GI) rendah yang sangat sesuai dimakan penghidap kencing manis. Nilai ini merujuk proses kadar penukaran karbohidrat kepada glukosa yang lambat dan hasilnya pesakit tidak akan mengalami kenaikan mendadak kandungan glukosa selepas mengambil nasi. Nilai GI bagi beras biasa ialah 80 dan beras pulut 100 tetapi Maswangi mempunyai nilai sekitar 40 saja. Beras ini mampu mengeluarkan hasil selepas 125 hari atau kira-kira tiga bulan tiga minggu selepas disemai. Namun, ia memerlukan satu aliran kerja yang komprehensif bagi memastikan ketulenan benih dan juga beras yang dikilang.

Penanam dan pengilang perlu gigih supaya ia tidak bercampur dengan padi biasa ketika menanam, menuai dan mengilang. Ini bermaksud perlu ada dedikasi ladang pengeluaran biji benih dan kilang memproses beras wangi, apatah lagi untuk tujuan tanaman secara organik. Setakat ini, sebuah syarikat swasta Infoculture Sdn Bhd (Infoculture) terbabit dalam projek pengeluaran Maswangi secara organik di Kelantan, Langkawi, Pahang dan Melaka merangkumi tanah seluas 360 hektar. Ketua Pegawai Eksekutif Infoculture, Mohd Affandi Ismail, berkata ketika ini Maswangi ditanam di Gual Ipoh dan Kelaweh, Kelantan membabitkan 60 hektar tanah serta di Paya Pesagi, Chenor dan Batu Bor, Bera di Pahang dengan keluasan 120 hektar. Langkawi, Infoculture menanam Maswangi membabitkan tanah seluas 124 hektar dan di Kampung Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka, tanah seluas 56 hektar. Uniknya, penanaman Masangi di Melaka dilakukan secara organik, sekali gus menjadikannya beras wangi bebas racun dan bersifat semula jadi.

“Kita menjangkakan hasil penanaman Maswangi ini diperoleh pada pertengahan tahun ini. Perkembangan setakat ini juga amat menggalakkan dan kita yakin dapat mengaut keuntungan menerusi projek ini,” katanya. Beliau berkata, bagi menjayakan projek berskala agak besar ini, pihaknya memajak sawah milik penduduk yang sudah lama tidak mengusahakan tanaman padi.

“Pemilik memperoleh pendapatan menerusi pajakan kepada syarikat. Kita juga mengupah mereka mengerjakan bendang, sekali gus memberikan penduduk pendapatan untuk menyara hidup,” katanya. Mohd Affandi berkata, langkah kerajaan memperkenalkan penanaman beras wangi di kawasan bukan jelapang di bawah Projek Permulaan (EPP) 9 iaitu untuk penanaman padi tanpa pengairan adalah satu keputusan tepat. EPP 9 ini bagus sebab kita dapat membaik pulih sawah terbiar dan pada masa sama mengeluarkan beras baru iaitu beras wangi yang mempunyai kualiti dapat menyaingi beras import. “Oleh kerana kami adalah syarikat pemacu dalam projek ini, kita percaya ia akan mendatangkan keuntungan walaupun pasaran Maswangi adalah untuk pasaran tempatan. Kita tunggu hasil pengeluarannya pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Sumber Dipetik : Berita Harian

UBB MARDI Bergotong Royong Dengan Kolej Teknologi Cybernetics

Gotong-royong merupakan satu amalan yang menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu. Namun, aktiviti tersebut semakin jarang dipraktikkan kini. Menyedari hakikat ini, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menerapkan amalan bergotong-royong kepada pelajar mereka dengan mengadakan program khas untuk mengindahkan kawasan-kawasan terpilih.

Pada 31 Mac 2012 yang lalu, pihak Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics telah memilih kawasan Kompleks Nurseri Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan MARDI Serdang untuk menjalankan program gotong-royong yang bertemakan “Cintai Alam”.

Seramai 70 pelajar jurusan Diploma Hotel dan Catering diiringi seorang pensyarah telah hadir untuk menjayakan aktiviti ini. Turut serta dalam program ini ialah kakitangan UBB Serdang dan Jalan Kebun. Sebelum acara bermula, pelajar diberi taklimat ringkas berkenaan fungsi MARDI dan Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan (BB) oleh Tn. Hj. Mohd Shaib bin Jaafar. Pelajar kemudiannya diberi demonstrasi teknik pembiakan pokok buah-buahan secara cantuman yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman BB. .

Produk Genkimo Sesuai Untuk Semua Ladang

KUCHING, Selasa — Produk Genkimo yang dihasilkan melalui proses fermentasi dan pencirian secara semula jadi sesuai digunakan di semua jenis ladang ternakan dan projek pertanian yang diusahakan oleh golongan petani. Pengarah Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak, Mohammad Noor Adros Yahya berkata, Genkimo ialah sejenis produk bioteknologi yang bermaksud ‘mikroorganisma probiotik yang sihat’ hasil  kerjasama MARDI dan  Syarikat Dazzling Destiny Sdn. Bhd.

 

“Penghasilan produk Genkimo ini diketuai oleh Pengawai Penyelidik Kanan MARDI Pusat Ternakan Strategik dan usahasama pengkomersialan produk ini mendapatkan geran Technofund daripada MOSTI,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutupan Seminar dan Latihan ‘HandsOn’ Penggunaan Teknologi Genkimo MARDI Sarawak di Stesen MARDI Sarawak di sini, hari ini. Menurutnya, produk Genkimo itu terdiri lima jenis iaitu, Genkimo Flora untuk semua jenis tanaman/tumbuhan, Genkimo Fauna sebagai bahan probiotik dalam minuman dan makanan ternakan, Genkimo Odor Removal untuk mengatasi masalah pencemaran bau dan lalat di ladang ternakan, persekitaran dan kawasan pelupusan sampah.

 

Sementara, Genkimo Composed pula mengandungi koloni bakteria terpilih sebagaibenih kompos, sesuai digunakan bagi menghasilkan kompos atau baja bioorganik bermutu tinggi dan Genkimo Bio merupakan bahan aditif makanan ternakan mengandungi probiotik, bakteria efektif terpilih, enzim dan asid amino.

 

“Kita yakin, melalui sistem ini, tidak ada lagi masalah bau dan lalat daripada aktiviti ternakan manakala, tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya,” tegasnya. Oleh itu, katanya, MARDI yakin bahawa sistem itu turut pertanian lestari yang membudayakan teknologi hijau dalam kehidupan dapat dibangunkan dengan lebih terjamin kepada generasi akan datang.

“Kita berharap, seminar penggunaan Genkimo ini dapat membantu melahirkan usahawan tempatan yang berteknologi dan pengkomersialan sektor pertanian ini dapat dimantapkan,” ujarnya. Tambahnya, golongan usahawan pertanian yang berminat untuk mendapatkan produk Genkimo atau mendapatkan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan MARDI.

 

“Buat masa sekarang, kita tidak mempunyai ejen jualan atau pemasaran produk ini di Sarawak, bagaimanapun, jika orang ramai berminat dalam produk ini, kita mengalu-alukan mereka berhubung dengan MARDI,” jelasnya.

 

Sumber : Utusan Sarawak