GPL Tidak Akan Naikkan Harga Hasil Pertanian – Tajuddin

image

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Pelaksanaan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) terhadap produk pertanian tidak akan membebankan pengguna kerana kos ditanggung oleh pengeluar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga berkata GPL akan membawa kebaikan kepada pengguna dan pengeluar. Continue reading “GPL Tidak Akan Naikkan Harga Hasil Pertanian – Tajuddin”

Advertisement

Inovasi Tempe MARDI

TEMPEH KACANG HIJAU

TEMPE merupakan antara makanan popular di kalangan orang Melayu terutamanya etnik Jawa.

Rata-rata tempe yang terdapat dipasaran dihasilkan daripada kacang soya yang diperam (fermentasi) sehingga terbentuknya produk makanan tersebut.

Di Indonesia, tempe boleh dikatakan antara makanan wajib bagi penduduknya, malah dijadikan sebagai makanan ruji.

Produk makanan tersebut diambil oleh sebahagian besar penduduk Indonesia sebagai pengganti kepada sumber protein yang diperolehi daripada daging dan ikan.

Oleh kerana tempe mudah untuk dihasilkan selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi, makanan tradisi tersebut terus menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat Melayu. Continue reading “Inovasi Tempe MARDI”

Fama Sasar 1,000 Karavan Tani Dalam Tempoh Setahun – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasar mewujudkan sebanyak 1,000 Karavan Tani di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah usaha kerajaan untuk memodenkan pasar tani dan membantu peserta pasar tani memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak dengan van yang seragam dan peragaan produk yang teratur, kemas dan bersih. Continue reading “Fama Sasar 1,000 Karavan Tani Dalam Tempoh Setahun – Ismail Sabri”

Jangan salah guna bantuan Azam Tani – Mahadzir

SIK 9 Okt. – Peserta Azam Tani diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan yang diterima, selain berusaha keras meningkatkan ekonomi keluarga untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, program Azam Tani merupakan kesinambungan transformasi kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi golongan miskin.

Justeru, katanya, peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk merobah kehidupan masing-masing.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan sentiasa mencari jalan dan caranya bagi membantu rakyatnya agar tidak terbeban dengan masalah ekonomi rumahtangga mereka.

“Rakyat juga perlu berusaha dan mencari jalan untuk menambah pendapatan supaya mereka dapat hidup dengan lebih sempurna dan selesa,” katanya ketika merasmikan majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Latihan Pengendalian Makanan dan Penyerahan Bantuan Peralatan Peserta Azam Tani Daerah Sik di Sik Inn di sini baru-baru ini.

Program yang dikendalikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kedah dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membolehkan 50 peserta mengikuti kursus pengendalian makanan. Continue reading “Jangan salah guna bantuan Azam Tani – Mahadzir”

Lipat Gandakan Hasil Pertanian – Ismail

PAGOH 9 Okt. – Kerajaan negeri sedang berusaha melipatgandakan hasil pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif melalui kerjasama dengan tujuh agensi dan jabatan berkaitan bagi menampung keperluan sumber makanannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, bagi memastikan usaha itu berjaya, program penerangan dan penjelasan tentang pembangunan pertanian termasuk melibatkan teknologi moden akan diberi kepada para petani.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, program itu akan melibatkan semua agensi berkaitan supaya usaha membangun pertanian berjalan secara sistematik dan berterusan bagi jangka masa panjang.

“Menerusi program atau majlis penerangan di kawasan-kawasan terpilih, kita akan beri penerangan tentang segala kemudahan bantuan dan insentif yang boleh diberikan, selain bimbingan dan bermacam-macam lagi perkara yang diperlukan. Continue reading “Lipat Gandakan Hasil Pertanian – Ismail”

MARDI Peruntuk RM15 Juta Tingkat Pendapatan Miskin Tegar

 

gambar hiasan

PASIR PUTEH 1 Okt. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membelanjakan peruntukan berjumlah RM15 juta di bawah projek Azam Tani bagi membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan tegar.

Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, seramai 1,500 peserta terutama petani di seluruh negara dipilih menyertai program itu.

“Pendapatan tujuh puluh peratus daripada mereka telah berjaya dilipatgandakan daripada RM600 kepada RM1,500 sebulan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan projek Azam Tani kepada 19 peserta di Padang Pak Amat di sini, semalam. Continue reading “MARDI Peruntuk RM15 Juta Tingkat Pendapatan Miskin Tegar”

Jalinan Kerjasama MARDI-KETENGAH

DSC_799129 Sept, Kuala Terengganu – Jalinan kerjasama MARDI-KETENGAH berjaya dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani di Hotel Primula,Kuala Terengganu sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kerjasama antara MARDI dan KETENGAH telah mula seawal tahun 1999 melalui beberapa projek yang memerlukan pakar rujuk. Kerjasama tersebut diteruskan hingga ke hari ini dalam konteks yang lebih meluas, merangkumi kerjasama penyelidikan dan pembangunan inovasi pertanian, pembangunan produk nilai tambah, pembangunan modal insan dan latihan serta pembangunan agro-pelancongan.

Continue reading “Jalinan Kerjasama MARDI-KETENGAH”