Month: May 2015
MARDI Gondol Pingat di ITEX2015!
TAHNIAH kepada pereka cipta dan ahli kumpulan yang telah membawa pulang kemenangan di ITEX 2015!
Klik untuk lihat senarai penuh pemenang… Continue reading “MARDI Gondol Pingat di ITEX2015!”
AgTIVE dapat bantu pesawah tingkatkan pengeluaran padi
ALOR SETAR 21 Mei – Penubuhan unit aktiviti pertanian dikenali sebagai AgTIVE diyakini dapat membantu pesawah di negeri ini mengatasi masalah penanaman padi sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil.
Ketua Pegawai Eksekutif Seri Merbok Ricemill Sdn. Bhd, Abu Samah Hashim berkata, kewujudan unit yang dilengkapi kenderaan empat roda melalui kerjasama dengan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd itu dapat membantu pesawah berdepan dengan serangan padi angin dan faktor negatif lain yang memberi ancaman kepada hasil pertanian.
Continue reading “AgTIVE dapat bantu pesawah tingkatkan pengeluaran padi”
Terbitan terkini MARDI : ‘Industri Rumpai Laut Negara’
Dapatkan di :
http://ebookshop.mardi.gov.my/main.php
Ladang organik bersepadu
Pertanian organik mula popular di negara ini meskipun berkembang secara perlahan berbanding negara-negara rantau ASEAN lain. Malah situasi tersebut menunjukkan petanda negatif dalam pembangunan bidang pertanian negara memandangkan orang ramai mula mencari produk makanan berasaskan organik sebagai menu utama seharian.
Peratusan keluasan tanah organik kepada keseluruhan guna tanah pertanian di Malaysia adalah 0.01 peratus.
Angka itu rendah berbanding negara seperti Filipina (0.68 peratus), Vietnam (0.35 peratus), Thailand (0.16 peratus) dan Indonesia (0.16 peratus).
Antara isu yang melambatkan perkembangan tersebut ialah kaedah pelaksanaan yang tidak mematuhi piawaian, komitmen petani yang rendah, tidak konsisten kerana kurangnya sokongan daripada pihak tertentu, masalah pemasaran, pengeluaran dan varieti organik yang sedikit. Continue reading “Ladang organik bersepadu”
100pc self-sufficiency in rice production by 2020
Alor Setar: The Agriculture and Agro-based Industry Ministry wants the country to achieve a 100 per cent self-sufficiency level (SSL) in padi production by 2020, its Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said.
Towards this end, he said, the Government would spend RM2.2 billion out of the total RM6 billion allocated to the Ministry this year to help padi farmers to increase their crop yield.
He said various strategies and projects had been planned to achieve the target, including upgrading of the irrigation system in the Mada areas.
Continue reading “100pc self-sufficiency in rice production by 2020”
Jenama Harumanis Jadi Hak Eksklusif Perlis
PADANG BESAR – Ikon Perlis, mempelam ‘Harumanis’ secara rasmi disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keselamatan Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali kelulusan itu bermakna pihak lain tidak boleh menggunakan jenama tersebut untuk produk mereka.
Sehubungan itu usaha akan dilipatgandakan bagi meningkatkan pengeluaran harumanis bagi memenuhi permintaan yang bertambah, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pemulihan mangga di Kampung Udoh Bilal, dekat sini, semalam.
Projek itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pertanian (MARDI) yang diberi geran RM600,000 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membantu penanam harumanis di Perlis. Continue reading “Jenama Harumanis Jadi Hak Eksklusif Perlis”