Test bed MARDI bantu IKS

test bed mardi bantu iksBergelar usahawan bukanlah suatu yang mudah tambahan jika anda merupakan usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang memiliki kekangan dari segi modal dan infrastruktur untuk mengeluarkan produk.

Ramai dalam kalangan usahawan yang menarik diri dalam bidang pemprosesan makanan adalah kerana tidak memiliki modal untuk membuka kilang pemprosesan.

Menyedari keadaan tersebut, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil inisiatif membina sebuah makmal pemprosesan (test bed) untuk membantu usahwan IKS mengeluarkan produk mereka.

Dengan hanya mengenakan bayaran yang begitu berpatutan, kini usahawan IKS tidak perlu rungsing memikirkan modal yang besar untuk membina peralatan memproses produk mereka.

Antara sistem Test Bed MARDI yang popular ialah di Stesen MARDI Cameron Highlands yang memproses pelbagai produk berasaskan hasil pertanian di tanah tinggi tersebut.

Menurut Pembantu Penyelidik, Stesen MARDI Cameron Highlands, Pahang, Mohd. Haniff Mohd. Ibrahim sistem tersebut merupakan salah satu daripada bentuk khidmat sokongan yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan MARDI. Continue reading “Test bed MARDI bantu IKS”

Advertisement

MARDI Jalin Kerjasama Bersama Zen Cropscience, Hasil Benih Padi Bekualiti

MARDI---ZEN-MoASERDANG,  17 Jun-  Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  YBhg Dato’ Dr Sharif bin Haron telah memeterai perjanjian untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah Syarikat bagi menghasilkan satu genetik baru Benih Padi.

Melalui kerjasama yang akan dijalankan, MARDI dan Zen Cropscience Sdn Bhd akan menghasilkan genetik padi berkualiti melalui kerjasama membangunkan varieti baru dengan menghasilkan padi yang tahan kepada penyakit yang disebabkan bakteria (Xanthomonas Oryzae Pv Oryzae) dan kulat (Pricularia dan Magnaporte).   Continue reading “MARDI Jalin Kerjasama Bersama Zen Cropscience, Hasil Benih Padi Bekualiti”

Konvensyen Azam Tani 2015

azam tani

Port Dickson, 10 Jun 2015 – Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Tani telah  menganjurkan Konvensyen Azam Tani 2015 bermula semalam bertempat di Prima Land Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program 1AZAM: Projek AZAM Tani  adalah salah satu daripada tujuh (7) inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area – NKRA) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Rakyat Berpendapatan Rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Projek ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Continue reading “Konvensyen Azam Tani 2015”

Northern Corridor can contribute to 37% of padi output – The Star Online

nrtherncorridorredzab4KORIDOR Utara is projected to contribute 37% of the national padi production in 2015 and increase the figure by 2% in 2020.“The nation is currently at 70% self-sufficiency level with the average yield of 4.2 tonnes per ha.

“Our goal is to achieve a yield of eight tonnes per ha in the northern region by 2020 to continue contributing to the nation’s food security agenda,” said Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) chief executive Datuk Redza Rafiq.

Koridor Utara, the Northern Corridor Economic Region, is the largest rice producer in the country.

Its main goal is to realise the region as a zone of modern food production in order to improve the income and living standards of farmers.

“This goal can be achieved if we produce on a commercial scale by using modern agricultural technology, provide the buy-back structure and encourage investment from the local and international private sector,” said Redza. Continue reading “Northern Corridor can contribute to 37% of padi output – The Star Online”

FFTC International Seminar & Seminar Memupuk Generasi Muda Usahawantani 2015

meeting

The International Seminar on Cultivating the Young Generation of Farmers with Farmland Policy Implication was successfully held in MARDI Serdang from May 26th – 28th. MARDI as being part of the technical member in Food and Fertilizer Technology Centre (FFTC), was given the honour to co-organize and co-sponsor this seminar.

This event was particularly led by PTJ PB and CC, the secretariat in Malaysia. Ten countries from the Asia Pasific Region participated in this seminar, namely from Indonesia, Japan, Korea, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philipines, Taiwan, Thailand and Viet Nam with total participants of 14. The main objective of the seminar is to find a better way for government to prepare the appropriate policies for young beginners to purchase or rent farmlands or for existing young farmers to increase their farmland scale. YBrs Dr. Umi Kalsom Abu Bakar, MARDI’s Deputy Director General  as well as Dr. Rozhan Abu Dardak, the Director of Economic & Social Science Research Centre (ES) and observers from MOA and a few MARDI’s PTJ also attended the seminar. Continue reading “FFTC International Seminar & Seminar Memupuk Generasi Muda Usahawantani 2015”

Kedah Mahu Majukan Pertanian Organik Menjelang 2020 – Exco

ALOR SETAR, 2 Jun (Bernama) — Perancangan membangunkan komuniti petani organik di negeri ini mampu dicapai sebelum tahun 2020, melalui beberapa perancangan kerajaan negeri khusus untuk meyakinkan petani melibatkan diri dalam pertanian organik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata ia antaranya melalui memanfaatkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada keseluruhan 123,000 hektar tanah pertanian yang ada di Kedah.

“Buat masa sekarang sebanyak 4.6 hektar tanah pertanian di negeri ini telah diusahakan secara persendirian oleh petani sebagai ladang organik yang melibatkan 23 jenis sayur-sayuran di Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pertanian Organik 2015 di sini hari ini. Continue reading “Kedah Mahu Majukan Pertanian Organik Menjelang 2020 – Exco”

Tani Warriors Math Xplorace !

lompat 123Program Fiesta 123 Lompat peringkat kebangsaan menumpukan kepada pertandingan matematik iaitu Sudoku, Math Magic, Kangaroo Math dan Tani Warriors Math Xplorace. Tani Warrior merupakan program sukan tani yang digabungkan dengan Program Math Xplorace. Program ini di sertai oleh 80 orang pelajar daripada sekolah-sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berasrama penuh. Program Fiesta 123 Lompat telah dirasmikan oleh En. Shamsuddin bin Mustapha iaitu ketua penolong pengarah sektor pengurusan kebitaraan kokurikulum, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster kecemerlangan. Continue reading “Tani Warriors Math Xplorace !”