Kerjasama Awam-Swasta Membawa Agropreneur Muda Ke Tengah Bandar Kuala Lumpur

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 – Jalinan kerjasama antara swasta dan awam adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan dalam semua bidang termasuk pertanian dan industri asas tani. Bagi menyahut aspirasi ini, MARDI telah merintis jalan kerjasama dengan Low Yat Group untuk mempromosi usahawan-usahawan muda pertanian. Bukan mudah untuk untuk mengenengahkan produk-produk pertanian dan industri asas tani di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur apatah lagi di kawasan Bukit Bintang. Tetapi ini bukan mustahil bagi MARDI.

Pada 26 Mei lalu, kolaborasi antara MARDI dengan Low Yat Group telah diadakan buat pertama kalinya di Riverwalk Village Jalan Selvadurai, Kuala Lumpur. Seramai 30 agroprenur muda diberi kesempatan untuk mempamer dan mempromosi pelbagai produk. Sambutan yang diterima adalah diluar dugaan dan sangat memberangsangkan.

Pada hari ini, sekali lagi usahawan muda pertanian telah berkumpul dalam Konvensyen Agropreneur Muda & Showcase Produk 2016 di bbpark, Bukit Bintang. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Unit Agropreneur Muda dan MARDI serta beberapa agensi dan jabatan lain dengan kerjasama Low Yat Group.

Konvensyen ini memberi kesempatan kepada usahawan agroprenur muda dalam menjalinkan perkongsian maklumat dan rangkaian (networking) di kalangan mereka. Langkah sedemikian ini dilihat sangat signifikan bagi masa hadapan industri pertanian negara.

Advertisement

Serangan Serangga Perosak Lebah Kelulut – BSF & Kumbang Pollen

Serangan Black Soldier Fly (BSF) Hermetia illucens yang dilaporkan serius dibeberapa negeri di utara semenanjung dan negeri lain seperti Pahang dan Johor telah mengakibatkan penternak lebah kelulut komersial dan kecil-kecilan semakin gusar. Ada beberapa fakta yang kebanyakan orang terlepas pandang berkenaan punca serangan oleh serangga perosak tersebut.

  1. BSF bukan faktor utama yang menyebabkan koloni collapse @ lumpuh
  2. Serangan perosak yang paling utama untuk dipantau setiap masa adalah kumbang pollen Haptoncus luteolus. Haptoncus luteolus mula-mula menyerang koloni setelah koloni lemah dan koloni kurang dikawal oleh lebah pekerja. BSF hanya perosak sekunder yang tertarik akibat bau busuk dihasilkan oleh serangan kumbang Haptoncus.
  3. Pengurusan dan pemantauan koloni adalah penting semasa koloni lemah seperti semasa makanan kurang, persekitaran dan cuaca ekstrem dan koloni baru dipindahkan

BSF dan kumbang Haptoncus sebelum ini kurang diberi perhatian kerana ia tidak merosakkan koloni walaupun sentiasa ada dipersekitaran koloni kelulut secara semulajadi. Cuaca ekstrim akibat kepanasan melampau (fenomena El-Nino) ditambah hujan lebat sekali-sekala pada jangkamasa melebihi 4 bulan mengakibatkan koloni yang sebelum ini menghasilkan madu dan kuat menjadi lemah dan tanpa disedari penternak koloni kelulut telah tiada akibat ratu berpindah ke tempat lain atau telah habis diserang BSF.

Continue reading “Serangan Serangga Perosak Lebah Kelulut – BSF & Kumbang Pollen”

Intellectual Discourse – Penstrukturan Semula MARDI: Satu Transformasi Pengurusan Sumber Manusia

Intellectual Discourse MARDI

Intellectual Discourse – Penstrukturan Semula MARDI: Satu Transformasi Pengurusan Sumber Manusia yang akan disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali Omar, Pengarah Pusat Pengurusan Sumber Manusia MARDI. Semua dijemput hadir di Dewan Tan Sri Yusof Hashim. https://goo.gl/Rqvnjp

‪#‎OurFoodOurFuture‬ ‪#‎betterMARDI‬

Terima kasih MARDI

dodol

“Pada awal berniaga, dodol yang dihantar ke pasar raya dan kedai ditolak kerana teksturnya kasar, tidak boleh ‘tarik’, keras, cepat berkulat dan berbau tengik.

“Perasaan kecewa memang tak dapat disangkal kerana selepas berhabis modal beli bahan mentah dan mengerah tenaga mengacau dodol kerana masak menggunakan dapur kayu, akhirnya dodol terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tidak menjadi,” kata pemilik bengkel dodol Cik Na Cik Edy Enterprise Amiruddin Ismail, 53.

Katanya, selepas melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah seliaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dodolnya makin menjadi, seterusnya permintaan meningkat.

“Terima kasih MARDI kerana membantu saya membuat penyelidikan sehingga mampu menghasilkan dodol yang digemari ramai,” katanya. Continue reading “Terima kasih MARDI”