Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia

e-Banner Intellectual Discourse anjung net 2

Majlis Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia yang akan disampaikan oleh En Tafsir bin Serin, Pengarah (Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi, MARDI). #OurFoodOurFuture #betterMARDI

Semua dijemput hadir! Muat turun brosur.

Advertisement

Rakyat Malaysia Bazir 15,000 Tan Makanan Sehari

food waste

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Rakyat Malaysia membazirkan sebanyak 15,000 tan metrik makanan sehari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek berkata pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi memastikan amalam membazir tidak berterusan.

“Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja.

“Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, 20 hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna,” katanya selepas merasmikan Forum ‘MySaveFood’ di sini, hari ini. Continue reading “Rakyat Malaysia Bazir 15,000 Tan Makanan Sehari”

Usah pertikaikan produk Melayu

a

MINGGU lalu, heboh kisah tentang tindakan seorang wanita yang memuat naik satu rakaman video dalam laman sosial kerana mempertikaikan mutu produk keluaran orang Melayu yang didakwanya tidak berkualiti. Menerusi rakaman video tersebut, wanita itu turut menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat atas dakwaan ditipu selepas mendakwa krim pelangsingan badan yang dia gunakan tidak panas.

Walaupun wanita itu telah membuat permohonan maaf dan menarik semula laporan polis yang dibuat, tindakannya memperlekeh produk keluaran Melayu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kurang senang netizen di Malaysia. Ikuti temubual wartawan Kosmo! Ahad, MOHAMMAD SHAHEMY AZMI bersama Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir di pejabatnya bagi mengupas dan mendapat gambaran lebih jelas tentang kualiti produk keluaran syarikat milik anak Melayu. Continue reading “Usah pertikaikan produk Melayu”

Notis : Penyelenggaran & Migrasi Laman Web Rasmi MARDI.

Notis-Migrasi-Portal-MARDI

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan migrasi Laman Web Rasmi MARDI yang baharu akan dijalankan pada:

Bermula – 6 Mei 2016 (2:00 pm)
Tamat – 7 Mei 2016 (11:59 pm)

Oleh yang demikian Laman Web Rasmi MARDI (www.mardi.gov.my) akan mengalami gangguan capaian sehingga tempoh sebagaimana yang dinyatakan. Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum

Intellectual Discourse – ‘Economic Of Rice’

Intellectual Discourse – ‘Economic Of Rice’ presented by Dr. Samarendu Mohanty (IRRI), Prof Dr. Jamal Othman (UKM) and Dr. Engku Elini (MARDI). All are invited! Click here for more info.

Any enquiries, please call: Ms Nur Fazliana Md Noh +60389536354 / +60389536360 / +60162798852

ebanner_ID2016

Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands

asd

Mana-mana pengunjung yang menjejakkan kaki ke Taman Agro Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia di Tanah Rata, Cameron Highlands akan berasa cukup ceria dengan landskap yang menarik. Warna hijau dan merah menceriakan suasana seolah olah menyambut mesra kedatangan mereka. Pokok strawberi yang dipenuhi gugusan buah segar merah berkilat begitu mengujakan.

Lebih menceriakan, apabila kedatangan disambut sendiri oleh tuan punya ladang dengan senyuman mesra sambil mempersilakan menikmati buah segar dan hasilan produk buah istimewa yang menjadi ikon pusat peranginan tersebut.

Continue reading “Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands”