Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau

fertigasi-cili-mardi

ALOR GAJAH: Sistem fertigasi dalam penanaman cili padi dan terung berupaya menyelamatkan industri pertanian peserta Kampungku Masa Depanku berdepan cabaran musim kemarau.

Projek berkenaan dilaksanakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Melaka dengan memilih peserta di kampung tertentu yang berpotensi bagi memajukan industri pertanian dengan keseluruhan modal dan peralatan disediakan oleh agensi terbabit. Continue reading “Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau”

Advertisement

REGIONAL WORKSHOP ON UNDERUTILIZED ANIMAL GENETIC RESOURCES (AnGR) AND THEIR AMELIORATION

This slideshow requires JavaScript.

SERDANG, 4 MAC 2019 – MARDI dan Asia-Pacific Association of Agricultural Research Institutions (APAARI) di bawah program Asia-Pacific Consortium on Agricultural Biotechnology and Bioresources (APCoAB) sedang menganjurkan “Workshop on Underutilized Animal Genetic Resources (AnGR) and their Amelioration” pada hari ini, 4 sehingga 6 Mac 2019 bertempat di Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor.

Program ini telah melibatkan wakil-wakil daripada 20 negara di bawah National Agriculture Research Centres (NARS), Consultative Group (CG) centres, Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dan sektor swasta dari Asia Pasifik. Selain peserta antarabangsa, lebih 40 wakil tempatan daripada Jabatan/Agensi Kerajaan dan Universiti yang terlibat dalam kajian sumber genetik haiwan, pembangunan dan pemuliharaan, telah turut serta. Continue reading “REGIONAL WORKSHOP ON UNDERUTILIZED ANIMAL GENETIC RESOURCES (AnGR) AND THEIR AMELIORATION”