Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
Salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu.
Secara ringkas, kultur tisu merupakan kaedah untuk menghasilkan tanaman yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi tujuan tumbesaran.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), merupakan antara agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu dan antara fokus yang diberikan adalah terhadap tanaman pisang. Menerusi Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan (UBB), MARDI Klang, kini pengeluaran benih berkualiti bagi tanaman pisang untuk pengeluaran secara komersial dapat dilaksanakan. Continue reading “Gandakan anak pisang melalui teknologi kultur tisu MARDI” →