Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Stesen MARDI Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Majlis akan disempurnakan oleh Ke Bawah DYMM Sultan Pahang pada 2 Julai 2011 (Rabu) bersamaan 30 Rejab 1432H jam 9.30 pagi.
Month: June 2011
Seminar Dwi Mingguan Bil 10/2011
Seminar Dwi Mingguan tahun 2011 siri kesepuluh akan diadakan pada 1 Julai 2011 (8.30 pagi) bertempat di Bilik Taklimat Bangunan Direktorat Blok A, Ibu Pejabat MARDI Serdang.
Berikut adalah tajuk pembentangan dan nama pembentang:
Tajuk pembentangan 1 :
PEMBANGUNAN SISTEM PERLADANGAN CAMPUR DI TANAH BRIS
Pembentang 1: Pn. Aminah Abdullah (Pengarah MARDI Negeri Kelantan)
Tajuk pembentangan 2:
PENGKOMERSIALAN UBI KELEDEK VITATO DI TANAH BRIS
Pembentang 2: Pn. Zaharah Ariffin (Pusat Pengurusan Stesen)
Semua di jemput hadir.
Padi ‘Siraj’ Mampu Tambah Hasil 20 Peratus Di Pasaran Mulai Ogos
KANGAR, 23 Jun – Benih padi hibrid “Siraj” yang berkualiti dan berkeupayaan meningkatkan hasil pengeluaran padi negara, akan berada di pasaran mulai Ogos ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman.
Sebagai permulaan, 200 tan metrik benih padi itu akan dipasarkan tahun ini dan akan ditingkatkan kepada 2,000 tan metrik pada tahun depan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen penyelidikan padi hibrid MARDI Perlis dan pelancaran pengkomersilan padi hibrid Siraj oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Tambun Tulang dekat sini hari ini.
Abdul Shukor berkata hasil padi hibrid Siraj adalah 20 peratus lebih tinggi daripada varieti biasa, dan penggunaan benih bagi setiap hektar kawasan penanaman hanyalah antara 25 dan 30 kilogram berbanding 250 kg hingga 300 kg benih bagi padi biasa.
Siraj adalah hasil kacukan padi jenis “Indica” dan “Japonica” dari India dan ia didapati sesuai ditanam di negara ini.
Namun, kata Abdul Shukor, MARDI akan mengenal pasti kawasan yang lebih berpotensi untuk dilaksanakan penanamannya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam ucapannya pada majlis itu berkata, program padi hibrid diterajui oleh Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin dan RB Biotech Sdn Bhd.
MARDI telah menghasilkan padi hibrid Siraj pada 2005.
Namun ketika itu ia belum dapat diagihkan kepada petani kerana benihnya belum mendapat perakuan MARDI dan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk penanaman komersil.
Tuanku Syed Sirajuddin kemudian meninjau proses tanaman padi hibrid Siraj di sawah berhampiran stesen itu.
(Sumber dipetik dari Bernama)
KPI MARDI beri kos, khidmat percuma
SEMERAH – Projek Key Performance Indeks (KPI) yang dikelolakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Johor buat pertama kalinya berjaya membangunkan ekonomi penduduk di daerah ini.
Projek KPI yang dijalankan ini bermula Oktober setahun lalu melibatkan penduduk yang mempunyai pendapatan RM270 hingga RM1,600 bagi membolehkan MARDI bertindak untuk membangunkan ekonomi golongan ini.
Pengarah MARDI Negeri Johor, Jamadon Bahari berkata, Projek KPI ini adalah program pertama kali yang diadakan dengan memilih Batu Pahat sebagai destinasi pertama untuk menjayakan projek ini.
Menurutnya, tujuan utama projek KPI adalah untuk membasmi kemiskinan tegar terutamanya penduduk di luar Bandar dan disenaraikan dalam senarai e-kasih yang berpendapatan rendah.
“Sebanyak 100 penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar dipilih untuk menjayakan projek ini bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan ,” katanya beliau.
Menurutnya, di bawah Projek KPI ini, terdapat enam lagi projek MARDI dibahagikan mengikut kesesuaian tempat serta minat mereka agar golongan ini berurusan secara terus dengan MARDI.
“Antara projek yang dijalankan adalah Indeks Asas Tani (IAT), Projek Ayam Kampung (Kacukan), Projek Cendawan dan ikan keli.
“Manakala, Projek Tanaman Fertigasi iaitu tanaman menggunakan sabut kelapa turut dilaksanakan dan Perniagaan Tani membantu golongan yang layak menerima motosikal roda tiga untuk memudahkan jualan,” katanya.
Menurutnya, seramai 100 peserta dipilih dari Parlimen Batu Pahat (Dun Rengit dan Senggarang) dan Parlimen Parit Sulong (Dun Semerah) dan dibahagikan mengikut minat bagi menambah pendapatan.
“Semua golongan yang terlibat dalam Projek KPI ini juga dibantu dari segi produk serta tanaman yang berkaitan pertanian secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.
“Malahan, MARDI juga turut menyediakan segala kemudahan berkaitan dengan projek KPI ini agar mereka tidak perlu mengeluarkan wang,” katanya yang juga turut mengatakan bahawa setiap penerima bantuan ini diterima secara berperingkat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsuddin berkata, beliau menyokong segala usaha yang dilakukan dalam konteks pertanian ini bagi membolehkan golongan miskin tegar mempertingkatkan ekonomi mereka.
Menurut, ini juga satu langkah bijak kerana usaha MARDI memilih penduduk miskin tegar ini mampu menarik mereka keluar dari kategori yang disenaraikan dalam e-kasih.
“Saya menyokong sepenuhnya usaha ini dan mungkin dengan cara begini, kita sudah memberi peluang untuk berniaga kerana segala modal serta keperluan ditanggung sekali gus pendapatan mereka dapat dipertingkatkan.
Sementara itu, Ahmad Selamat, 55, antara 36 penerima Projek Ayam Kampung (Kacukan) berkata, dia gembira mendapat bantuan Mardi kerana segala kemudahan berkaitan penternakan ayam disediakan.
“Ini satu usaha yang dapat membantu golongan seperti saya yang mempunyai minat dalam perusahaan ini tetapi tidak mempunyai modal,” katanya.
(Sumber dipetik dari Sinar Harian)
The 7th Malaysia International Agro-Bio Business Conference 2011
Held in conjunction with the Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB) 2011, the 7th Malaysia International Agro-Bio Business Conference 2011 themed “What Next Agriculture II – Another Food Crisis?” will be held on 13-14 July at the Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
It is organized to unleash the many new opportunities, explore ways and policies to ensure their successes, while addressing the issues behind the global food prices hikes and shortage. Prominent speakers and leading edge industry experts will be invited from various countries to share their experience, strategies and knowledge in tackling the problem of global food crisis and generating new food supplies.
Gambia Intai Kepakaran MARDI Untuk Tingkatkan Output Kacang Tanah
SERDANG, 20 Jun – Negara di barat Afrika, Gambia berminat untuk mendapatkan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) bagi memperbaiki sektor pertaniannya, terutama dalam meningkatkan pengeluaran eksport utamanya, kacang tanah.
“Kami telah melihat pembangunan dan pencapaian Malaysia dalam sektor pertanian, dan negara-negara Afrika boleh memperoleh banyak pengetahuan di sini,” kata Menteri Perikanan, Sumber Air dan Hal Ehwal Negara Gambia Lamin Kaba Bajo Isnin, berikutan lawatan ke MARDI di sini.
Beliau berkata hubungan Gambia dengan MARDI boleh membangunkan sektor pertanian negara itu, yang kurang menyerlah, secara lebih luas.
Ekonomi Gambia bergantung kuat pada sektor pertanian yang berjumlah 29.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2006. Pengeluaran kacang tanah berjumlah 6.4 peratus daripada KDNK.
Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman yang menjadi hos kepada lawatan perwakilan Afrika yang meghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) Kesembilan itu, berkata adalah penting untuk memberi tumpuan kepada teknologi baru dalam sektor pertanian bagi menjadi lebih berdaya saing.
“Apa yang telah kami lakukan setakat ini ialah untuk menghasilkan lebih banyak teknologi baru. Sekarang ini kami membangunkan bio-racun perosak dan bio-pengeluaran yang lebih mesra alam,” katanya.
Shukor berkata Malaysia boleh memainkan peranan utama dalam kerjasama dengan melesenkan teknologinya ke Afrika, memandangkan agensi penyelidikannya mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam pelbagai bidang dalam sektor pertanian.
“Ini kali pertama perwakilan dari Afrika melawat MARDI, dan (melihat) daripada tindak balas mereka, mereka menunjukkan minat untuk bekerja dalam usahasama dengan kami (MARDI),” katanya.
Sebelum ini, MARDI membantu Nigeria meningkatkan pengeluaran berasnya dengan memperkenalkan benih baru yang dibangunkan institut itu. MARDI juga telah memperluaskan sayapnya ke Guinea di Afrika Barat dan Malawi.
“Kami mesti membuat lonjakan besar dalam teknologi seperti teknologi nano, bioteknologi, dan dalam bidang automasi dan jentera untuk meningkatkan hasil,” katanya.
(Sumber dipetik dari Bernama)
TATML terima kunjungan wakil syarikat perlancongan Asia Tenggara
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi (TATML) telah menerima kunjungan beberapa syarikat pelancongan terkemuka dari Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina dan Indo-China. Program pre-tour ini melibatkan seramai 28 orang wakil-wakil syarikat pelancongan negara-negara berkenaan dalam usaha meninjau pasaran pelancongan sempena program ‘Make It Malaysia’ anjuran Tourism Malaysia bahagian Asia Tenggara dengan kerjasama Malaysia Airlines.
Dimulai dengan majlis interaksi bagi memperkenalkan produk pelancongan masing-masing semasa majlis makan malam yang diaturkan oleh LADA, delegasi turut melakukan lawatan ke TATML pada 19 Jun 2011. Di kesempatan lawatan selama 2 jam ini telah dimanfaatkan oleh TATML bagi memperkenalkan pakej-pakej yang disediakan.
Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis
Lawatan Jawatan Kuasa Pemuda MCA Batu Pahat ke MARDI
Jawatan Kuasa Pemuda MCA cawangan Batu Pahat telah melakukan sebuah lawatan sambil belajar ke MARDI pada 15 Jun.
Tujuan lawatan yang terdiri daripada rombongan seramai 40 orang tersebut, adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang penyelidikan dan teknologi terkini dalam bidang makanan dan pertanian.
Rombongan telah diberi taklimat oleh Dr Abdul Razak Hamzah selaku Timbalan Pengarah Sumber Strategik, di samping tayangan video korporat MARDI. Rombongan juga dibawa ke tapak fertigasi dan Unit Biji Benih, di mana demonstrasi cantuman dan penentuan kualiti biji benih telah ditunjukkan.
Mesyuarat Legato Bermula Di Pulau Pinang
Mesyuarat dan bengkel pertama “Land-use Intensity and Ecological Engineering – Assessement Tools For Risks and Opportunities in Irrigated Rice Based Production Systems” (Legato) dilancarkan di Georgetown pada 14 Jun dengan penyertaan daripada pelbagai institusi penyelidikan antarabangsa.
Acara tiga hari itu dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) dengan kerjasama Centre for Environmental Research (UFZ), International Rice Research Institute (IRRI) dan Centre for Agricultural Bioscience International, Southeast and East Asia (CABI).
Legato 2011 dilancarkan oleh Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman. Logo Legato turut dilancarkan pada majlis itu.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Antarabangsa dan Koordinator Projek Prof Dr Josef Settele berkata Legato merupakan konsortium antarabangsa dianggotai 22 institusi penyelidikan dari tujuh negara iaitu Jerman, Malaysia, Vietnam, Filipina, United Kingdom, Bulgaria dan Sepanyol.
Beliau berkata penubuhannya berobjektif menggalakkan pembangunan jangka panjang dan mampan bagi sawah padi dengan sistem pengairan dalam menghadapi risiko akibat daripada pelbagai aspek perubahan global.
Katanya projek penyelidikan juga bercadang untuk menentukan kuantiti pergantungan kepada fungsi ekosistem dan perkhidmatan yang dijana di tiga buah negara di Asia Tenggara iaitu Skim Pengairan Muda (Malaysia), Delta Mekong di Selatan dan kawasan Red River Valley dari Sapa ke Hanoi (Vietnam) dan dari Utara ke Luzon (Filipina).
(Sumber dipetik dari BERNAMA)