Lawatan Rasmi YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama ke MARDI

This slideshow requires JavaScript.

SERDANG, 13 Dis – Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok bersama delegasi pada hari ini telah mengadakan sesi Lawatan Rasmi ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI.

Fokus utama sesi lawatan rasmi ini adalah bagi membincangkan mengenai kerjasama dua hala antara Kementerian Industri Utama (MPI) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui MARDI.

Melalui sesi ini juga, delegasi telah diperkenalkan dengan fungsi dan peranan MARDI sebagai sebuah institut yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan sektor agromakanan Negara yang berlandaskan konsep ‘From Lab To Table’.

Usaha yang melibatkan kerjasama dua Kementerian dan Agensi terlibat ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan sektor industri utama dan pertanian seterusnya melonjak pertumbuhan ekonomi Negara.

#fromlabtotable #ourfoodourfuture #betterMARDI

Advertisements

MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI

Tomato-1

PENGENALAN

Tomato (Lycopersicon esculentum L.) merupakan salah satu sayuran penting di Malaysia dan memberikan pulangan hasil yang lumayan dengan nilai pasaran RM425 juta (2016).

Sebanyak 58% tanaman tomato bertumpu di kawasan Cameron Highland. Secara umumnya, penanaman tomato di tanah rendah amat terhad disebabkan oleh kekangan pelbagai masalah yang berlaku seperti warna buah yang kurang menarik, hasil rendah, saiz buah yang lebih kecil dan masalah serangan penyakit layu bakteria yang tinggi. Continue reading “MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI”

Inovasi Cendol Segera MARDI

cendol utama

PENGENALAN

Cendol merupakan pencuci mulut ikonik yang diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Cendol dihasilkan menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menekan adunan atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais. Kekangan ke atas kaedah pemprosesan ini adalah tempoh pemprosesan yang memakan masa dan memerlukan kekuatan tangan
untuk menekan doh. Cendol yang dihasilkan juga mempunyai jangka hayat yang pendek kerana kandungan lembapan yang tinggi (>90%). Oleh itu, cendol perlu disimpan sejuk untuk tujuan pemasaran. Ia perlu direndam dalam air untuk tujuan ini bagi mengelakkannya melekat sesama sendiri dan sekali gus mempengaruhi kestabilan penyimpanan cendol. Continue reading “Inovasi Cendol Segera MARDI”

Kemenangan Kumpulan KIK MARDI di Konvensyen Antarabangsa Team Excellence 2018

 

International Convention on Quality Control (ICQCC) merupakan acara tahunan yang dijalankan dan dikendalikan oleh 13 negara yang menganggotainya secara bergilir-gilir. Pada tahun ini, sebanyak 465 kumpulan daripada 15 negara telah menyertai pertandingan ICQCC yang diadakan pada 22 – 25 Oktober 2018 di Resorts World Sentosa, Singapura. Continue reading “Kemenangan Kumpulan KIK MARDI di Konvensyen Antarabangsa Team Excellence 2018”

Belanjawan 2019: Peruntukan MOA Memberangsangkan

belanjawan-2019-thumb

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) menerima peruntukan dalam jumlah amat memberangsangkan dalam Belanjawan 2019 untuk terus memajukan sektor pertanian negara serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan sasarnya iaitu petani, penternak dan nelayan.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, MoA menerima peruntukan sebanyak RM4.417 billion, dengan RM3.057 billion daripadanya bagi perbelanjaan mengurus, manakala perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM1.360 billion.

Katanya, peningkatan peruntukan pembangunan adalah untuk memastikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan negara akan terus dibangunkan dengan mampan, bekalan makanan selamat dan mencukupi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Continue reading “Belanjawan 2019: Peruntukan MOA Memberangsangkan”

Kejayaan MARDI di Pertandingan Inovasi (iENA 2018)

This slideshow requires JavaScript.

DUA (2) penyertaan MARDI ke Pertandingan International Trade Fair (iENA) 2018 bertempat di Nuremberg, Jerman pada 1 – 4 November yang lepas telah berjaya merangkul 2 PINGAT PERAK bagi kategori Invention Industry seperti berikut:

Continue reading “Kejayaan MARDI di Pertandingan Inovasi (iENA 2018)”

MARDI Johor – 2018

Untitled-2-01

Pengenalan – MARDI merupakan sebuah agensi penyelidikan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi pertanian di negara ini. Melalui MARDI Johor, pelbagai usaha dan komitmen diberi bagi memenuhi tanggungjawab menyokong segala aktiviti pengembangan pertanian dan Industri Asas Tani di Johor. Pelbagai teknologi baru berjaya dibangunkan dan perlu dikomersialkan seiring dengan cabaran dan keperluan masyarakat petani, penternak dan usahawantani.

7 Oktober 2018 (Ahad).  8.00 pagi – 5.30 petang di MARDI Kluang, Johor
Muat turun Brosur Mengenai MARDI Johor / Aturcara Program 

Continue reading “MARDI Johor – 2018”

MARDI sekali lagi melakar kemenangan di ITEX 2018

itex

Sukacita dimaklumkan MARDI sekali lagi melakar kemenangan apabila kesemua penyertaan inovasi MARDI (11 penyertaan) bagi ITEX 2018 yang telah berlangsung pada 10-12 Mei 2018 di KLCC berjaya menggondol 5 pingat emas, 6 pingat perak dan Special Award (JIPA Award) seperti berikut:-

TAHNIAH dan SYABAS kepada kesemua pereka cipta MARDI yang telah berjaya di ITEX 2018.

Semoga pencapaian cemerlang ini akan terus memberi inspirasi dan motivasi kepada saintis MARDI yang lain agar lebih berdaya saing dalam menghasilkan inovasi & teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara! #betterMARDI #ourfoodourfuture

Projek MOSTI Social Innovation (MSI) – Tingkat Pendapatan Komuniti Penternak/Petani Melalui Teknologi Pengeluaran Silaj dan Oligokitosan

Anjungnet-Projek-MSI-Kampung-Pering-Kedah-2'X6'
Projek MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan hasrat kerajaan dalam membantu memenuhi keperluan masyarakat luar bandar meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran dan hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada.
 
Teknologi Silaj dan Oligokitosan yang masing-masing dibangunkan oleh MARDI dan Agensi Nuklear Malaysia mampu menghasilkan silaj secara efisyen serta bermutu tinggi. Projek ini bakal meningkatkan pendapatan penduduk khususnya penanam jagung serta penternak lembu seterusnya menjadi satu model pemindahan teknologi terutama kepada penanam jagung sekitar Negeri Kedah.
 
Projek ini bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Abu Hasan Sarif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh di Kg. Pering, Kodiang, Kedah Darul Aman. Maklumat lanjut, muat turun brosur di : https://goo.gl/gXLL2n
 
#betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku #MOA #MOSTI #AgensiNuklearMalaysia