Majlis Syarahan Perdana Penyelidikan MARDI, oleh Dr. Shanmugavelu Sithambaram bertajuk ‘Decision Support Systems in Livestock Production’ di Auditorium Ibu pejabat MARDI Serdang.
Anda semua dijemput hadir!
Muat turun brosur: http://goo.gl/We9c1g
Majlis Syarahan Perdana Penyelidikan MARDI, oleh Dr. Shanmugavelu Sithambaram bertajuk ‘Decision Support Systems in Livestock Production’ di Auditorium Ibu pejabat MARDI Serdang.
Anda semua dijemput hadir!
Muat turun brosur: http://goo.gl/We9c1g
MARDI menghargai pendapat anda dan amat berbesar hati sekiranya anda sudi menyertai kaji selidik kami mengenai: Kajian Potensi e-Perniagaan Untuk Menggalakkan Pembelian Barangan Segar Pertanian : Pengguna
Sebagai tanda penghargaan, anda berpeluang memenangi sebuah tablet ASUS Transformers atau telefon bimbit Samsung Galaxy S3! Kaji selidik ini dibuka sehingga 31 Disember 2014 sahaja.
Klik di sini untuk sertai: Kaji selidik telah tamat. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian
CAMERON HIGHLANDS (Bernama) — Jalannya begitu sempit dan berbengkang-bengkok. Manakala selekohnya pula agak tajam dan sekiranya terbabas mahupun terlalai sedikit pun boleh berisiko kemalangan atau menjunam ke gaung.
Benarlah kata orang, laluan ke pusat pelancongan terkenal tanah tinggi Cameron Highlands yang terletak di Pahang ini melalui jalan lama Tapah, agak menggerunkan.
Bagi mereka yang menempuh perjalanan sukar itu, kepenatan sudah pasti hilang begitu sahaja sebaik menjejaki Taman Agroteknologi MARDI yang terletak berdekatan pekan Tanah Rata.
Tidak seperti taman-taman biasa, taman di bawah pengendalian MARDI yang berada di ketinggian 1,400 meter dari paras laut dengan suhu antara 14 hingga 24 darjah Celcius ini menjanjikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.
Ini kerana, konsepnya berteraskan agro-pelancongan yang menghimpunkan pelbagai koleksi buah, herba dan bunga beriklim empat musim yang semestinya akan membuatkan sesiapa sahaja terpesona dan teruja.
Dalam masa sama, pelawat berpeluang mempelajari pelbagai aktiviti, teknik dan teknologi yang dibangunkan oleh institusi ini melalui penyelidikannya untuk tanaman tanah tinggi.
Continue reading “‘Kasut’ Istimewa Di Taman Agroteknologi MARDI”