MARDI Ungguli Malaysia Technology Expo (MTE) 2018

MTE2018.jpg

Tahniah dan syabas kepada saintis MARDI yang telah berjaya di MTE2018 yang berlangsung pada 22-24 Februari 2018 di PWTC, Kuala Lumpur :

MTE2018 - MARDI

Continue reading “MARDI Ungguli Malaysia Technology Expo (MTE) 2018”

Advertisement

Terkuburnya Industri Tembakau Negara: Sumbangan dan Pengajaran

tembakau
Tanaman Tembakau. Sumber gambar: liputan6.com

Pengajaran Daripada Terkuburnya Industri Tembakau Negara  –

Industri tembakau yang telah diperkenalkan pada tahun 1959 memberi sumbangan yang sangat bererti kepada sebilangan besar penaman dan pengawet tembakau di negara, namun telah terkubur pada awal kurun ke-21. Selama beroperasi, industri ini telah memberi manfaat kepada sebilangan besar keluarga yang terlibat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Namun setelah AFTA dikuat kuasa, industri ini telah terkubur dengan sendirinya kerana tidak dapat bersaing dengan harga daun import yang lebih rendah dari negara jiran. Syarahan ini cuba mengupas sumbangan industri ini kepada negara dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Continue reading “Terkuburnya Industri Tembakau Negara: Sumbangan dan Pengajaran”

MARDI Warna 98 – Varieti Padi Warna Baharu, Gaya Hidup Sihat!

PENGENALAN MARDI Warna 98

Selaras dengan perkembangan industri padi warna di Malaysia, MARDI sekali lagi memperkenalkan varieti padi warna yang baharu iaitu MARDI Warna 98. Biji beras padi warna ini berwarna merah iaitu daripada pigmen antosianin yang mempunyai nilai antioksida yang tinggi. Selain nilai antioksida, kandungan zat galian beras merah yang tinggi menyumbang kepada permintaan yang tinggi di dalam kalangan pengguna yang mementingkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, program pembaikbakaan padi spesialti menyasarkan kepada penghasilan varietivarieti padi warna yang mempunyai ciri kualiti dan nutrisi tinggi untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Di samping itu, penambahbaikan ciri morfologi dan hasil dijangka dapat memenuhi kehendak petani melalui penanaman sebanyak dua kali setahun dan dituai menggunakan jentuai bagi memperoleh pulangan mengilang yang lebih baik.

Brosur-Padi-Warna-98-MARDI

Continue reading “MARDI Warna 98 – Varieti Padi Warna Baharu, Gaya Hidup Sihat!”