Sistem Integrasi Tanam Kelapa Jana Pendapatan

integrasi-kelapa-3-01

Prestasi industri kelapa negara yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’.

Menanam kelapa secara tunggal telah sekian lama diamalkan oleh pekebun kecil di negara ini. Biasanya pekebun mengamalkan pengurusan yang minimum terhadap tanaman kelapa menyebabkan hasil dan pulangan yang diperoleh rendah dan tidak menguntungkan.

Usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain.

Sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah menjadikan tanaman kelapa sesuai untuk integrasi tanaman. Penembusan cahaya membantu dalam proses fotosintesis untuk pertumbuhan kelapa dan tanaman kontan yang ditanam di bawah kanopi. Penembusan cahaya melalui pelepah kelapa bergantung kepada saiz, umur, kepadatan dan susun atur pokok tersebut. Orientasi tanaman mengikut arah timur ke barat membolehkan cahaya matahari sampai ke kawasan lorong di antara baris kelapa.

Lebih 80 peratus akar aktif kelapa berada pada kedalaman antara 25 hingga 60 sentimeter (sm) di bawah permukaan tanah dan dua meter (m) di sekeliling pangkal pokok. Ini membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain.

Kelapa boleh hidup di pelbagai jenis tanah walaupun tumbesaran dan hasilnya berbeza. Jenis tanah yang terbaik untuk penanaman kelapa adalah jenis tanah liat pantai yang mempunyai saliran yang baik.

Majoriti kawasan penanaman kelapa adalah sesuai untuk tanaman lain juga. Oleh kerana kawasan di bawah tanaman kelapa boleh menerima cahaya matahari yang banyak disebabkan ketinggian dan jarak tanaman yang lebih jauh, pelbagai jenis tanaman boleh hidup subur di bawah kanopi. Jarak penanaman dan usia kelapa juga mendorong kepada kurangnya persaingan antara kelapa dan tanaman integrasi lain.

Usaha untuk meningkatkan pendapatan, pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain.

Sifat-sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain.

Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa.

integrasi kelapa 1-01

integrasi kelapa 2-01

Kajian telah dijalankan di Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Stesen Hilir Perak bagi mengenal pasti sejauh mana sistem integrasi tersebut menguntungkan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan paling tinggi sebanyak 47 peratus bawah sistem tanaman kelapa konvensional.

Ada beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kejayaan tersebut;

  • Penanaman integrasi dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue).
  • Jarak tanaman kelapa bagi sistem ini ialah 7 m x 7 m x 15 m. dengan kepadatan 128 pokok/hektar (ha).
  • Ruang antara dua baris kelapa selebar 15 m telah digunakan untuk tujuan integrasi semaksimum mungkin.
  • Umur pokok kelapa untuk kedua-dua sistem ini ialah 10 tahun.
  • Penyediaan tanah dilakukan pada musim hujan bagi memperoleh faedah lembapan untuk tanaman.
  • Sistem perparitan pula mestilah dalam keadaan baik bagi mengelak air bertakung ketika musim hujan serta memudahkan kerja memungut hasil.
  • Pembinaan batas boleh dilakukan bagi tanaman ubi kayu, tembikai, jagung, cili dan serai.
  • Batas tidak diperlukan sekiranya kawasan penanaman kelapa di tanah gambut, namun aras air tanah hendaklah dikawal (30 hingga 60 sm dari permukaan tanah).
  • Bahan tanaman yang digunakan adalah daripada sumber yang telah cukup matang dan berkualiti sahaja digunakan dalam kajian ini dengan anggaran 99 peratus percambahan.
  • Bahan tanaman yang sihat dan berkualiti akan menjamin hasil tanaman yang tinggi dan menguntungkan.
  • Baja organik seperti tahi ayam, sisa tanaman dan tahi kambing ditabur semasa kerja-kerja pembajakan piring.
  • Kadar yang disyorkan ialah 500 kg/ha. Penggunaan baja sebatian pada kadar 500 kg/ha digunakan semasa kerja kerja pembajakan putar dilakukan.
  • Memandangkan plot kajian mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan kurang subur, penggunaan baja pada kadar yang lebih tinggi telah dilakukan untuk memperbaiki struktur tanah, mengekalkan lembapan dan mengimbangi nutrien.
  • Pembajaan berkala bagi tanaman integrasi di bawah kelapa adalah menggunakan syor dan kadar yang ditetapkan di dalam buku panduan penanaman masing-masing.
  • Memandangkan kos pembajaan sangat tinggi, penggunaannya mestilah berhemah bagi mengelak pembaziran dan penggunaan bahan kimia yang disyorkan amat dititikberatkan.
  • Tanaman integrasi di bawah kelapa perlu dituai mengikut masa, tempoh, saiz dan kriteria yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.
  • Tuaian hasil perlu dilakukan pada musim kering bagi mengelak jangkitan penyakit dan memastikan kualiti hasil tuaian di tahap optimum. Kutipan hasil boleh dilakukan sama ada secara manual atau bantuan jentera bergantung kepada keadaan tanah, kebolehsediaan jentera dan jumlah tanaga kerja.
  • Tempoh dan masa penuaian adalah berbeza kerana dua sistem penanaman kelapa ini mempunyai kadar ketelusan cahaya, persaingan mendapatkan baja dan cahaya, naungan dan kepadatan yang berbeza.
  • Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa.
  • Data untuk kesan amalan integrasi terhadap hasil kelapa telah direkod selama dua tahun.
  • Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh tanaman yang diuji, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil kelapa purata bulanan kelapa sebanyak 47 peratus lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain.
  • Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, integrasi kelapa dan tebu kuning memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan sebanyak 46.28 peratus Ia lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain.


Hasil kajian memuaskan

Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh (7) tanaman yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

  • Hasil serai ialah 3,488 kg/ha/musim. Jika harga semasa ialah RM2/kg, maka pendapatan kasar ialah RM8,360 dan kos pengeluaran ialah RM2,252 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa).
  • Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM6,116 dan pulangan daripada pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 2.72.

Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, daripada tujuh (7) tanaman bawahan yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

  • Pendapatan kasar ialah RM16,036 dan kos pengeluaran ialah RM3,623 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa).
  • Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM12,413. Pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 3.43.

Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa bawah sistem baris kembar dua kelapa adalah paling menguntungkan dan mampu meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa di Malaysia.

Pendapatan yang diperoleh bukan sahaja melalui peningkatan hasil kelapa, malah tambahan hasil daripada tanaman yang diintegrasikan di kawasan tanaman kelapa.

Sehubungan itu, tanaman selingan boleh dijadikan tanaman alternatif untuk menambah pendapatan, seterusnya meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa.

Untuk peningkatan pendapatan petani yang mempunyai ladang kelapa, integrasi bersama serai amat digalakkan ekoran permintaan tinggi, harga yangstabil, kos penyelenggaraan yang rendah dan pulangan yang menguntungkan.

Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa paling menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.

Selain serai antara tanaman lain yang boleh diusahakan di bawah ladang kelapa antaranya adalah tembikai, ubi kayu, cili , pisang, jagung manis dan tebu kuning.


 

Maklumat lanjut mengenai Penyelidikan Kelapa di MARDI, hubungi Stesen MARDI Bagan Datuk di talian; 05-6489242

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s