Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

kelulut bebola

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Madu kelulut bakal melalui inovasi baharu dalam penghasilan produk berasaskan madu di pasaran tempatan apabila ada usaha untuk mempelbagaikan bentuk produk madu tersebut.

Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Sarawak Dr Chua Hun Pin berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir menghasilkan madu kelulut dalam bentuk bebola dikenali sebagai ‘Kelulut Honey Pearls’ atau ‘Bebola Madu Kelulut’ untuk dipasarkan pada tahun hadapan.

“Kita lihat produk madu kelulut di pasaran tidak banyak dan biasanya hanya dimasukkan ke dalam minuman atau ke dalam kek serta tiada keunikannya.

“Berikutan itu, kajian penghasilan bebola madu ini dijalankan sejak awal tahun ini dan kini masih dalam proses untuk penambahbaikan dari segi teknikal dan akan dipatenkan untuk pengeluaran ‘kit’ membuat bebola madu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tapak pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang yang bermula semalam sehingga Ahad ini.

Beliau berkata produk dihasilkan juga akan memberi variasi kepada produk madu yang sedia ada dalam pasaran.

Dr Chua berkata penghasilan produk bebola madu kelulut itu merupakan kajian unik yang djalankan di makmal Mardi dengan penajaan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Perdagangan & Pelaburan Sarawak untuk pembangunan usahawan madu kelulut.

Katanya produk itu juga tidak menggunakan bahan pengawet dan sesiapa sahaja boleh membuatnya untuk di masukkan dalam minuman, pembuatan kek serta boleh dijadikan hiasan di atas kek dan ais krim.

“Dalam kajian ini, serbuk Sodium Alginate daripada rumpai laut dicampurkan bersama ‘Calcium Lactate’ dan hasilnya ia akan membentuk satu lapisan membran jeli.

“Campuran ini kemudiannya dilarutkan bersama madu kelulut dan kemudiannya dengan menggunakan picagari, bebola madu dihasilkan dalam larutan Sodium Alginate,” jelas beliau.

Katanya bebola madu itu tidak perlu melalui proses pemanasan dan kesannya khasiat, rasa dan bau madu dapat dikekalkan.

— BERNAMA

Artikel ditulis oleh – Aimy Mohamed Yusoff

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: