Apakah yang anda perlu tahu mengenai madu? – Bersama pakar, Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI

apakah yang anda perlu tahu mengenai madi - suri roowi-01-01-01

 

Ikuti penjelasan Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI mengenai apakah yang anda PERLU TAHU MENGENAI MADU.Soalan 1 – Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan – Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2 – Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan – Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 3 – Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan – Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;

a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 4 – Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan – Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah;

a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69

“…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”

a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 5 – Adalah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan – Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

——————————-

BIODATA PENULIS – Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan

#DrSuriRoowi #betterMARDI #ourfoodourfuture

 

Bangunkan standard madu kelulut

madu1-jpg_harian-metroKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dijangka siap membangunkan Standard Madu Kelulut pada Jun tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Madius Tangau berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan ketulenan madu kelulut dan berjaya untuk dijenamakan sebagai Superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kata beliau, pihaknya kini sedang dalam usaha membangunkan standard madu kelulut dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diharap akan menjadi dokumen standard yang berwibawa dan bertaraf dunia.

“Inisiatif untuk membangunkan standard berkenaan adalah disebabkan oleh pemalsuan madu kelulut yang berleluasa di pasaran yang dapat memudaratkan kesihatan rakyat,” katanya. Continue reading “Bangunkan standard madu kelulut”

MARDI bongkar khasiat madu kelulut

kp-kelulut
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif haron cuba menyedut madu kelulut yang diusahakan oleh penyelidikan MARDI di sini, hari ini. Gambar: WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Hasil penyelidikan di Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia turut kaya dengan antioksidan.

Dikatakan, kandungan antioksidan yang terdapat dalam madu kelulut adalah empat hingga 10 kali ganda lebih daripada madu biasa.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata kepelbagaian khasiat tersebut telah menjadikan madu kelulut ini diketengahkan sabagai satu daripada produk baharu negara.

“Justeru untuk memastikan kualiti madu kelulut terjamin, MARDI giat menjalankan pembangunan penyelidikannya dari segi standard.
Continue reading “MARDI bongkar khasiat madu kelulut”

PM lancar kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’

madu-pm
PM, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat produk madu kelulut dan hidangan madu pada majlis pelancaran kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai ‘super food’ Malaysia yang pertama.

“Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand.
Continue reading “PM lancar kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’”

MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut

Pengenalan

Madu kelulut merupakan komoditi yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.

IMG-20160901-WA0001

Definisi Superfood

Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehingga tahun 2007, pemasaran produk superfood dilarang di Kesatuan Eropah kecuali disokong oleh penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai. Continue reading “MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut”