PM lancar kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’

madu-pm
PM, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat produk madu kelulut dan hidangan madu pada majlis pelancaran kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai ‘super food’ Malaysia yang pertama.

“Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand.
Continue reading “PM lancar kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’”

Advertisement

MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut

Pengenalan

Madu kelulut merupakan komoditi yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.

IMG-20160901-WA0001

Definisi Superfood

Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehingga tahun 2007, pemasaran produk superfood dilarang di Kesatuan Eropah kecuali disokong oleh penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai. Continue reading “MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut”

Kerjasama Awam-Swasta Membawa Agropreneur Muda Ke Tengah Bandar Kuala Lumpur

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 – Jalinan kerjasama antara swasta dan awam adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan dalam semua bidang termasuk pertanian dan industri asas tani. Bagi menyahut aspirasi ini, MARDI telah merintis jalan kerjasama dengan Low Yat Group untuk mempromosi usahawan-usahawan muda pertanian. Bukan mudah untuk untuk mengenengahkan produk-produk pertanian dan industri asas tani di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur apatah lagi di kawasan Bukit Bintang. Tetapi ini bukan mustahil bagi MARDI.

Pada 26 Mei lalu, kolaborasi antara MARDI dengan Low Yat Group telah diadakan buat pertama kalinya di Riverwalk Village Jalan Selvadurai, Kuala Lumpur. Seramai 30 agroprenur muda diberi kesempatan untuk mempamer dan mempromosi pelbagai produk. Sambutan yang diterima adalah diluar dugaan dan sangat memberangsangkan.

Pada hari ini, sekali lagi usahawan muda pertanian telah berkumpul dalam Konvensyen Agropreneur Muda & Showcase Produk 2016 di bbpark, Bukit Bintang. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Unit Agropreneur Muda dan MARDI serta beberapa agensi dan jabatan lain dengan kerjasama Low Yat Group.

Konvensyen ini memberi kesempatan kepada usahawan agroprenur muda dalam menjalinkan perkongsian maklumat dan rangkaian (networking) di kalangan mereka. Langkah sedemikian ini dilihat sangat signifikan bagi masa hadapan industri pertanian negara.

Terima kasih MARDI

dodol

“Pada awal berniaga, dodol yang dihantar ke pasar raya dan kedai ditolak kerana teksturnya kasar, tidak boleh ‘tarik’, keras, cepat berkulat dan berbau tengik.

“Perasaan kecewa memang tak dapat disangkal kerana selepas berhabis modal beli bahan mentah dan mengerah tenaga mengacau dodol kerana masak menggunakan dapur kayu, akhirnya dodol terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tidak menjadi,” kata pemilik bengkel dodol Cik Na Cik Edy Enterprise Amiruddin Ismail, 53.

Katanya, selepas melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah seliaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dodolnya makin menjadi, seterusnya permintaan meningkat.

“Terima kasih MARDI kerana membantu saya membuat penyelidikan sehingga mampu menghasilkan dodol yang digemari ramai,” katanya. Continue reading “Terima kasih MARDI”

Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit

bena-perang-BH

Baru-baru ini, sebahagian kecil pesawah dalam kawasan Parlimen Bagan Serai mendakwa telah menanggung kerugian ribuan ringgit apabila lebih 10 hektar kawasan sawah yang diusahakan mereka diserang perosak bena perang atau dipanggil ‘bom’ oleh penduduk setempat. Varieti yang ditanam dipercayai adalah benih CL. Ramai diantara mereka mendakwa hasil telah merosot hingga ke paras 3 tan metrik. (Sumber dipetik dari Berita Harian, 17 Julai 2016)
Continue reading “Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit”

Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam

ayam sakitMerujuk kepada penyakit ayam yang diviralkan di laman sosial dan di aplikasi whatsapp, adalah dimaklumkan bahawa isu ini telah ditimbulkan pada pertengahan tahun lalu dan pihak DVS telah pun membuat kenyataan media bagi menjawab isu tersebut.

Ditekankan sekali lagi bahawa tiada penyakit misteri pada ayam. Merujuk kepada gambar-gambar yang diviralkan ini disebabkan oleh ayam di ladang tersebut tidak di vaksin diperingkat awal usianya. Penyakit ini tidak boleh menjangkiti manusia (zoonotik). Continue reading “Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam”

Pemutuan Padi Pusat Penyelidikan Padi & Beras (RI), MARDI

pemutuan padi

PUTRAJAYA, 20 Jan — Pemutuan adalah dari perkataan mutu, semestinya melibatkan langkah langkah atau kaedah untuk menentukan sesuatu yang bermutu. Mencapai sesuatu yang bermutu adalah penting agar hasil yang diperolehi dapat memberi keuntungan atau sesuatu yang berfaedah. Maksudnya  kaedah untuk menentukan mutu sesuatu produk seperti padi perlu dikenalpasti agar proses yang  dikatakan pemutuan padi adalah jelas .

Beras asalnya dari tanaman padi di sawah akan melalui berapa peringkat sebelum ianya diproses sebagai butiran putih yang akan menjadi sajian yang mengenyangkan. Padi dan beras ini mempunyai ciri ciri tertentu yang akan mempengaruhi mutu akhir beras. Mutu padi ini perlu dijagai kerana proses pemutuan padi adalah bagi tujuan penggredan dan juga pemotongan kualiti padi. Juga pemprosesan padi di kilang beras dilakukan dengan terperinci bagi menentukan mutu sebenar berdasarkan spesifikasi dan penggredan untuk padi mengikut Standard Piawian Malaysia.

Pemutuan padi merupakan satu proses yang penting dalam perusahaan padi dan beras. Keputusan pemutuan padi dipengaruhi oleh berapa faktor dan bergantung pada mutu padi yang diterima dari petani. Beberapa aspek seperti ciri fizikal padi, keadaan dan teknik pengendalian padi tu sendiri akan mempengaruhi mutu padi . Padi dikatakan masih dalam keadaan yang aktif dan pada keadaan lembapan atau kandungan air yang tinggi akan mudah rosak semada menjadi masam atau bertukar warna. Padi yang sampai di kilang akan menjalani proses pemutuan agar pemotongan yang setimpal dapat dikenakan kepada terimaan padi itu.

Apakah aspek–aspek yang mempengaruhi pemutuan padi.  Jawapannya  haruslah diperjelaskan kepada petani petani agar keputusan pemutuan padi akan  lebih  bermakna  serta  difahami oleh mereka. Padi yang  baik  atau  bermutu  adalah  padi bernas yang  mempunyai isi tulen  dan cukup masak. Komposisi  padi  hasil  dari  sawah  biasanya  mengandungi  kira  kira  80%  padi bernas.  Selebihnya  adalah  semada     padi  rosak,  padi  tidak  matang  dan bendasing  atau hampa.

Continue reading “Pemutuan Padi Pusat Penyelidikan Padi & Beras (RI), MARDI”