MARDI masuk sekolah

Lebih 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Selangor, menyertai aktiviti pemindahan pengetahuan dan teknologi untuk memupuk generasi muda mencintai bidang pertanian.

Program julung kali diadakan itu anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang menjadikan SK Serdang sebagai sekolah anak angkat pertama.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata, pihaknya komited melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu sebagai usaha berterusan membantu industri pertanian negara.

Beliau berkata, program bersama SK Serdang itu dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara MARDI dan sekolah. Continue reading “MARDI masuk sekolah”

Advertisement

MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut

Pengenalan

Madu kelulut merupakan komoditi yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.

IMG-20160901-WA0001

Definisi Superfood

Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehingga tahun 2007, pemasaran produk superfood dilarang di Kesatuan Eropah kecuali disokong oleh penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai. Continue reading “MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut”

Kerjasama Awam-Swasta Membawa Agropreneur Muda Ke Tengah Bandar Kuala Lumpur

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 – Jalinan kerjasama antara swasta dan awam adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan dalam semua bidang termasuk pertanian dan industri asas tani. Bagi menyahut aspirasi ini, MARDI telah merintis jalan kerjasama dengan Low Yat Group untuk mempromosi usahawan-usahawan muda pertanian. Bukan mudah untuk untuk mengenengahkan produk-produk pertanian dan industri asas tani di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur apatah lagi di kawasan Bukit Bintang. Tetapi ini bukan mustahil bagi MARDI.

Pada 26 Mei lalu, kolaborasi antara MARDI dengan Low Yat Group telah diadakan buat pertama kalinya di Riverwalk Village Jalan Selvadurai, Kuala Lumpur. Seramai 30 agroprenur muda diberi kesempatan untuk mempamer dan mempromosi pelbagai produk. Sambutan yang diterima adalah diluar dugaan dan sangat memberangsangkan.

Pada hari ini, sekali lagi usahawan muda pertanian telah berkumpul dalam Konvensyen Agropreneur Muda & Showcase Produk 2016 di bbpark, Bukit Bintang. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Unit Agropreneur Muda dan MARDI serta beberapa agensi dan jabatan lain dengan kerjasama Low Yat Group.

Konvensyen ini memberi kesempatan kepada usahawan agroprenur muda dalam menjalinkan perkongsian maklumat dan rangkaian (networking) di kalangan mereka. Langkah sedemikian ini dilihat sangat signifikan bagi masa hadapan industri pertanian negara.