1.6 Juta Penjawat Awam Bantu Kurangkan Pembaziran Makanan

MYSaveFood---KSN-2017

Putrajaya – 5 April 2017 – Dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara untuk masa hadapan juga memlihara alam sekitar dan membantu ekonomi keluarga, kehilangan dan pembaziran makan di Malaysia didapati bercanggah dengan usaha tersebut. Menerusi kajian daripada SWCorp, Malaysia membuang 15,000 tan metrik makanan setiap hari. Manakala MARDI menganggarkan 7.89% padi hilang di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.

Menurut YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, data tersebut menunjukkan gejala pembaziran makan di Malaysia amat merisaukan. Malah pembaziran tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat negara ini yang tidak menghargai makanan. Bagi mengatasi masalah tersebut, menerusi inisiatif MYSaveFood, beliau menyarankan agar penerapan nilai menghargai dan mengurangkan pembaziran makanan dimulai dengan 1.6 juta penjawat awam. Continue reading “1.6 Juta Penjawat Awam Bantu Kurangkan Pembaziran Makanan”

Advertisement

Hibrid Kubis Bulat Di Tanah Rendah

Kubis antara hasil tanaman tanah tinggi dan dikatakan agak mustahil boleh ditanam di kawasan tanah rendah dan bercuaca panas.Namun semua itu kini bukan lagi mustahil apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menemui benih hibrid kubis bulat yang boleh ditanam di kawasan berkenaan.

Tanaman kubis bulat mempunyai potensi kerana ia antara salah satu sayuran yang paling popular di Malaysia dan sentiasa mendapat permintaan pasaran. Sekiranya pengeluaran berterusan dan konsisten termasuk mengawal serangan perosak serta penyakit dapat diminimumkan, penetapan harga ladang optimum setara harga ladang kubis bulat di tanah tinggi. Timbalan Pengarah (Pembaikbakaan), Pusat Penyelidikan Hortikulktur MARDI Dr Rozlaily Zainol berkata, kubis bulat adalah sayuran temperate (hawa sederhana) yang ditanam secara komersial di tanah tinggi. Continue reading “Hibrid Kubis Bulat Di Tanah Rendah”

MARDI bongkar khasiat madu kelulut

kp-kelulut
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif haron cuba menyedut madu kelulut yang diusahakan oleh penyelidikan MARDI di sini, hari ini. Gambar: WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Hasil penyelidikan di Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia turut kaya dengan antioksidan.

Dikatakan, kandungan antioksidan yang terdapat dalam madu kelulut adalah empat hingga 10 kali ganda lebih daripada madu biasa.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata kepelbagaian khasiat tersebut telah menjadikan madu kelulut ini diketengahkan sabagai satu daripada produk baharu negara.

“Justeru untuk memastikan kualiti madu kelulut terjamin, MARDI giat menjalankan pembangunan penyelidikannya dari segi standard.
Continue reading “MARDI bongkar khasiat madu kelulut”

MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut

Pengenalan

Madu kelulut merupakan komoditi yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.

IMG-20160901-WA0001

Definisi Superfood

Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehingga tahun 2007, pemasaran produk superfood dilarang di Kesatuan Eropah kecuali disokong oleh penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai. Continue reading “MARDI Merintis Penyelidikan Superfood, Madu Lebah Kelulut”

Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam

ayam sakitMerujuk kepada penyakit ayam yang diviralkan di laman sosial dan di aplikasi whatsapp, adalah dimaklumkan bahawa isu ini telah ditimbulkan pada pertengahan tahun lalu dan pihak DVS telah pun membuat kenyataan media bagi menjawab isu tersebut.

Ditekankan sekali lagi bahawa tiada penyakit misteri pada ayam. Merujuk kepada gambar-gambar yang diviralkan ini disebabkan oleh ayam di ladang tersebut tidak di vaksin diperingkat awal usianya. Penyakit ini tidak boleh menjangkiti manusia (zoonotik). Continue reading “Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam”

3,000 Tan Makanan Dibuang Sehari Di Malaysia

sharif-haron_makanan_600_1

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) — Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan telah mengerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) pada tahun lepas sebagai usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, satu inisiatif global yang diperkenalkan oleh Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), katanya. Continue reading “3,000 Tan Makanan Dibuang Sehari Di Malaysia”

Pemutuan Padi Pusat Penyelidikan Padi & Beras (RI), MARDI

pemutuan padi

PUTRAJAYA, 20 Jan — Pemutuan adalah dari perkataan mutu, semestinya melibatkan langkah langkah atau kaedah untuk menentukan sesuatu yang bermutu. Mencapai sesuatu yang bermutu adalah penting agar hasil yang diperolehi dapat memberi keuntungan atau sesuatu yang berfaedah. Maksudnya  kaedah untuk menentukan mutu sesuatu produk seperti padi perlu dikenalpasti agar proses yang  dikatakan pemutuan padi adalah jelas .

Beras asalnya dari tanaman padi di sawah akan melalui berapa peringkat sebelum ianya diproses sebagai butiran putih yang akan menjadi sajian yang mengenyangkan. Padi dan beras ini mempunyai ciri ciri tertentu yang akan mempengaruhi mutu akhir beras. Mutu padi ini perlu dijagai kerana proses pemutuan padi adalah bagi tujuan penggredan dan juga pemotongan kualiti padi. Juga pemprosesan padi di kilang beras dilakukan dengan terperinci bagi menentukan mutu sebenar berdasarkan spesifikasi dan penggredan untuk padi mengikut Standard Piawian Malaysia.

Pemutuan padi merupakan satu proses yang penting dalam perusahaan padi dan beras. Keputusan pemutuan padi dipengaruhi oleh berapa faktor dan bergantung pada mutu padi yang diterima dari petani. Beberapa aspek seperti ciri fizikal padi, keadaan dan teknik pengendalian padi tu sendiri akan mempengaruhi mutu padi . Padi dikatakan masih dalam keadaan yang aktif dan pada keadaan lembapan atau kandungan air yang tinggi akan mudah rosak semada menjadi masam atau bertukar warna. Padi yang sampai di kilang akan menjalani proses pemutuan agar pemotongan yang setimpal dapat dikenakan kepada terimaan padi itu.

Apakah aspek–aspek yang mempengaruhi pemutuan padi.  Jawapannya  haruslah diperjelaskan kepada petani petani agar keputusan pemutuan padi akan  lebih  bermakna  serta  difahami oleh mereka. Padi yang  baik  atau  bermutu  adalah  padi bernas yang  mempunyai isi tulen  dan cukup masak. Komposisi  padi  hasil  dari  sawah  biasanya  mengandungi  kira  kira  80%  padi bernas.  Selebihnya  adalah  semada     padi  rosak,  padi  tidak  matang  dan bendasing  atau hampa.

Continue reading “Pemutuan Padi Pusat Penyelidikan Padi & Beras (RI), MARDI”