Inisiatif Kampus Hijau MARDI

inisiatif-kampus-hijau-MARDI_web

Serdang, 5 Oktober  – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini dengan rasminya telah mengadakan Inisiatif Kampus Hijau yang melibatkan seluruh warga MARDI, NGO, anak syarikat dan organisasi yang bertapak dalam lingkungan pejabat seperti MARDI MAEPS Sdn. Bhd. dan International Tropical Fruits Company (TFNet).

Inisiatif yang dilancarkan  oleh YBhg. Datuk Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini dibangunkan dengan beberapa kaedah termasuk menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran dengan melibatkan komponen utama termasuk manusia, persekitaran fizikal dan amalan nilai yang lestari.

MARDI sebagai sebuah institusi terkemuka dalam sains dan teknologi dengan kepakaran yang ada berpeluang membina sebuah Kampus Hijau mengikut acuan tersendiri sebagai pelaburan jangka panjang. Hasrat ini dapat dicapai melalui pendidikan dan pemupukan nilai-nilai lestari untuk membina kehidupan yang sihat dan kondusif.

Inisiatif Hijau ini pastinya akan menguntungkan MARDI daripada segi penggunaan sumber tenaga serta memastikan amalan terbaik dipraktikkan supaya generasi akan datang dapat menikmati kemudahan seperti yang kita nikmati sekarang.

Pelbagai aktiviti telah diadakan merangkumi taklimat secara santai, penanaman dan pembajaan anak pokok di lapangan Taman Dusun Mini serta pameran booth mengenai teknologi MARDI.

Album gambar Kampus Hijau MARDI : https://goo.gl/BJH4nD

——————-

Program Perhubungan Awam, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti MARDI

Leave a comment