Pada 15 Oktober 2017 (Ahad), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Makmal Pemprosesan madu Kelulut Kemaman yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,Menteri Pertanian dan industri Asas Tani Malaysia.
Makmal yang diilhamkan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek ini merupakan langkah permulaan bagi meningkatkan mutu dan kualiti madu kelulut bagi pengusaha lebah kelulut dan sebagai insiatif permulaan di daerah Kemaman yang dipilih sebagai perintis untuk pemprosesan madu kelulut yang memenuhi piawaian dan standard yang telah dibangunkan.
Penubuhan makmal oleh MARDI ini adalah untuk memberi pendedahan awal dalam mendidik pengusaha lebah kelulut perihal pentingnya pemprosesan madu kelulut mengikut Prosedur Operasi Standard dan kawalan kualiti dalam penghasilan madu kelulut yang bermutu tinggi dengan kualiti yang premium.
Perkhidmatan yang ditawarkan di makmal pemprosesan madu ini meliputi proses Pengeringan madu segar selepas dituai mengikut Standard MS 2683 :2017 yang telah dibangunkan iaitu penetapan keperluan kualiti dari segi kimia dan mikrob, kaedah persampelan, kaedah ujian keatas madu kelulut, kaedah pemprosesan, pembungkusan dan perlabelan produk.
Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut melancarkan produk Kelulut Honey by MARDI dengan label Ori Kemaman dengan madu yang diperoleh di sekitar Kemaman dan seluruh Terengganu amnya. Madu yang dikumpul ini diproses di makmal MARDI Kemaman seterusnya dipasarkan di pasaran tempatan. Produk madu kelulut keluaran tempatan ini bakal mendapat sambutan terutamanya di sini serta menjadi contoh terbaik pengeluaran madu kelulut berkualiti tinggi.
Untuk gambar sekitar majlis, sila klik pautan Facebook Rasmi MARDI berikut : https://www.facebook.com/mardimalaysia/posts/1702570179815010
Muat turun, brosur teknologi di sini.
Pautan berita :
1. MARDI mempunyai kaedah dan kajian terbaik serta telah mencipta beberapa jenis mesin teknologi terkini untuk membantu mereka yang berminat – Astro Awani (Bernama), 15 Oktober 2017 – https://goo.gl/HVTZ6Y
2. Makmal dibangunkan beri pendedahan awal kepada pengusaha lebah kelulut mengenai kepentingan pemprosesan mengikut prosedur operasi standard dan kawalan kualiti dalam menghasilkan madu bermutu tinggi – Kosmo! 15 Oktober 2017 https://goo.gl/1xmNg9
3. Private sector urged to open #Kelulut laboratories: DS Ahmad Shabery @theSundaily https://goo.gl/JymR1H
4. Makmal madu kelulut pertama – Sinar Harian, 16 Oktober 2017 https://goo.gl/84HdHk
5. (Video) Makmal Pemprosesan Madu Kelulut – Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti. Berita Nasional 8, RTM. 15 Oktober 2017 https://goo.gl/bxBZgd