MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI

Tomato-1

PENGENALAN

Tomato (Lycopersicon esculentum L.) merupakan salah satu sayuran penting di Malaysia dan memberikan pulangan hasil yang lumayan dengan nilai pasaran RM425 juta (2016).

Sebanyak 58% tanaman tomato bertumpu di kawasan Cameron Highland. Secara umumnya, penanaman tomato di tanah rendah amat terhad disebabkan oleh kekangan pelbagai masalah yang berlaku seperti warna buah yang kurang menarik, hasil rendah, saiz buah yang lebih kecil dan masalah serangan penyakit layu bakteria yang tinggi. Continue reading “MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI”

Teknologi Keropok Keping Empat Segi dan Keropok Lekor Cendawan MARDI

TEKNOLOGI KEROPOK KEPING EMPAT SEGI MARDI

keropok 4 segi

  • MARDI berjaya meningkatkan teknik pemprosesan keropok keping dengan membuat pengubahsuaian rupabentuk keropok kepada bentuk empat segi yang lebih seragam.
  • Pengubahsuaian formulasi dan penggunaan bekas acuan pembentuk serta penciptaan tray pengeringan dapat memberikan bentuk empat segi yang seragam selepas pengeringan.
  • Keropok keping empat segi lebih mudah dibungkus di dalam plastik polietilena ketumpatan rendah (LDPE) dan kotak. Keropok keping di pasaran bentuknya adalah terlalu besar dan tidak seragam menyebabkannya mudah patah dan sukar untuk dibungkus bagi pasaran dalam dan luar negara.
  • Inovasi ini dapat mengurangkan kos pembungkusan, menjimatkan ruang penyusunun dan menjadikan produk lebih menarik.
  • Jangka hayat keropok keping yang dibungkus dengan kotak dan plastik LDPE adalah selama satu tahun.
  • Formulasi produk ini telah didaftarkan di bawah rahsia dagangan dan kategori inovasi utiliti bagi dulang pengering.
  • Teknologi ini berpotensi untuk dikomersialkan dengan harga RM10 bagi 500 g sebungkus dengan kadar pulangan balik (Internal rate return – IRR) 46% bagi bayaran balik selama 2.3 tahun.

Continue reading “Teknologi Keropok Keping Empat Segi dan Keropok Lekor Cendawan MARDI”

MARDI Lancar 3 Buku Baharu di #MAHA2018

Buku Terbitan MARDI #MAHA

Serdang, 29 November – YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada hari ini telah melancarkan tiga (3) buah buku hasil terbitan MARDI bersempena MAHA 2018 bertempat di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Continue reading “MARDI Lancar 3 Buku Baharu di #MAHA2018”

Inovasi Cendol Segera MARDI

cendol utama

PENGENALAN

Cendol merupakan pencuci mulut ikonik yang diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Cendol dihasilkan menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menekan adunan atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais. Kekangan ke atas kaedah pemprosesan ini adalah tempoh pemprosesan yang memakan masa dan memerlukan kekuatan tangan
untuk menekan doh. Cendol yang dihasilkan juga mempunyai jangka hayat yang pendek kerana kandungan lembapan yang tinggi (>90%). Oleh itu, cendol perlu disimpan sejuk untuk tujuan pemasaran. Ia perlu direndam dalam air untuk tujuan ini bagi mengelakkannya melekat sesama sendiri dan sekali gus mempengaruhi kestabilan penyimpanan cendol. Continue reading “Inovasi Cendol Segera MARDI”

Misi Hasilkan Tanaman Berkualiti

image

Tahukah anda negara kita sangat bergantung kepada negara luar dalam bekalan biji benih terutama sayuran berdaun? Malaysia mengimport 90 peratus biji benih termasuk kesemua benih hibrid adalah diimport dari pembekal utama dari China, Thailand, Taiwan dan Jepun dengan nilai import sebanyak RM67 juta setahun.

Hal ini bermakna industri biji benih tempatan hanya mampu membekalkan 10 peratus sahaja bekalan biji benih.

Masalah tersebut tidak menjamin sekuriti sumber makanan memandangkan biji benih atau bahan tanaman memainkan peranan penting dalam kelestarian sektor pertanian.

Disebabkan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) komited menjalankan Program Pengeluaran Biji Benih dan Penentusahan Kualiti bertujuan untuk mengeluarkan benih dan bahan tanaman asas berkualiti hasil penyelidikannya selain membangunkan inovasi serta pengetahuan berkaitan teknologi biji benih. Continue reading “Misi Hasilkan Tanaman Berkualiti”

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Buah-buahan Tropika serta Klon Baharu Rambutan MARDI; AG-28 (Mutiara Wangi) dan GB-44 (Mutiara Merah)

DATUK SALAHUDDIN AYUB

Sintok, 29 Julai  – YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Buah-buahan Tropika serta turut melancarkan klon baharu rambutan MARDI iaitu klon AG-28 (Mutiara Wangi) dan GB-44 (Mutiara Merah). Continue reading “Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Buah-buahan Tropika serta Klon Baharu Rambutan MARDI; AG-28 (Mutiara Wangi) dan GB-44 (Mutiara Merah)”

MARDI sekali lagi melakar kemenangan di ITEX 2018

itex

Sukacita dimaklumkan MARDI sekali lagi melakar kemenangan apabila kesemua penyertaan inovasi MARDI (11 penyertaan) bagi ITEX 2018 yang telah berlangsung pada 10-12 Mei 2018 di KLCC berjaya menggondol 5 pingat emas, 6 pingat perak dan Special Award (JIPA Award) seperti berikut:-

TAHNIAH dan SYABAS kepada kesemua pereka cipta MARDI yang telah berjaya di ITEX 2018.

Semoga pencapaian cemerlang ini akan terus memberi inspirasi dan motivasi kepada saintis MARDI yang lain agar lebih berdaya saing dalam menghasilkan inovasi & teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara! #betterMARDI #ourfoodourfuture

Projek MOSTI Social Innovation (MSI) – Tingkat Pendapatan Komuniti Penternak/Petani Melalui Teknologi Pengeluaran Silaj dan Oligokitosan

Anjungnet-Projek-MSI-Kampung-Pering-Kedah-2'X6'
Projek MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan hasrat kerajaan dalam membantu memenuhi keperluan masyarakat luar bandar meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran dan hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada.
 
Teknologi Silaj dan Oligokitosan yang masing-masing dibangunkan oleh MARDI dan Agensi Nuklear Malaysia mampu menghasilkan silaj secara efisyen serta bermutu tinggi. Projek ini bakal meningkatkan pendapatan penduduk khususnya penanam jagung serta penternak lembu seterusnya menjadi satu model pemindahan teknologi terutama kepada penanam jagung sekitar Negeri Kedah.
 
Projek ini bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Abu Hasan Sarif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh di Kg. Pering, Kodiang, Kedah Darul Aman. Maklumat lanjut, muat turun brosur di : https://goo.gl/gXLL2n
 
#betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku #MOA #MOSTI #AgensiNuklearMalaysia
 

MARDI Warna 98 – Varieti Padi Warna Baharu, Gaya Hidup Sihat!

PENGENALAN MARDI Warna 98

Selaras dengan perkembangan industri padi warna di Malaysia, MARDI sekali lagi memperkenalkan varieti padi warna yang baharu iaitu MARDI Warna 98. Biji beras padi warna ini berwarna merah iaitu daripada pigmen antosianin yang mempunyai nilai antioksida yang tinggi. Selain nilai antioksida, kandungan zat galian beras merah yang tinggi menyumbang kepada permintaan yang tinggi di dalam kalangan pengguna yang mementingkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, program pembaikbakaan padi spesialti menyasarkan kepada penghasilan varietivarieti padi warna yang mempunyai ciri kualiti dan nutrisi tinggi untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Di samping itu, penambahbaikan ciri morfologi dan hasil dijangka dapat memenuhi kehendak petani melalui penanaman sebanyak dua kali setahun dan dituai menggunakan jentuai bagi memperoleh pulangan mengilang yang lebih baik.

Brosur-Padi-Warna-98-MARDI

Continue reading “MARDI Warna 98 – Varieti Padi Warna Baharu, Gaya Hidup Sihat!”

Kejuruteraan Ekologi: Tingkatkan Kepelbagaian Artropod Dalam Ekosistem Padi

Oleh: Badrulhadza Amzah – Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah
Dr. Rosliza Jajuli – Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran

petak-kejuruteraan-ekologi

Amalan kejuruteraan ekologi merupakan satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian seperti di sawah padi. Konsep kejuruteraan ekologi ini mula diperkenalkan oleh Profesor Geof Gurr, seorang pakar ekologi serangga semasa Persidangan Antarabangsa Serangga Perosak Benah Perang di IRRI, Los Banos, Filipina pada tahun 2008. Konsep ini melibatkan amalan kultur seperti pengurusan vegetasi secara manipulasi habitat yang berfungsi menggalakkan aktiviti kawalan serangga perosak secara biologi. Menerusi amalan ini, aktiviti spesies musuh semula jadi dapat ditingkatkan dengan menyediakan sumber seperti makanan alternatif apabila tiada mangsa atau perumah. Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar misalnya turut berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak untuk pelbagai spesies musuh semula jadi yang terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid. Continue reading “Kejuruteraan Ekologi: Tingkatkan Kepelbagaian Artropod Dalam Ekosistem Padi”